Umum

Kewajipan Ibu Bapa Islam Terhadap Pendidikan Anak-anak

Pendahuluan

Masalah pendidikan anak-anak adalah menjadi satu perkara perbincangan hangat di dalam masyarakat. Hal ini timbul adalah kerana kesan pendidikan yang dilalui oleh kanak-kanak dalam sistem pendidikan liberal-secular di masa kini tidak banyak membantu mereka dalam membentuk peribadi. Ternyata jelas dalam masyarakat kita bahawa tabiat kanak¬kanak semakin menjadi tidak boleh didisiplin, terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang merosakkan seperti penyalahgunaan dadah, dan kegiatan-kegiatan maksiat, pengkhianatan dan jenayah sedangkan asas pendidikan yang disampaikan itu kononnya berdasarkan teori dan penyelidikan yang mendalam, tetapi natijah dari pendidikan itu banyak membantu dan melahirkan sifat-sifat dan tabiat-tabiat yang negatif dalam diri kanak-kanak.

Memandang dan menilai: suasana ini kita sebagai Muslim perlu melihat kembali kepada asas pendidikan kanak-kanak yang dibawa oleh Islam sebelum kita terjerumus dan menyeleweng terlalu jauh. Dengan bimbingan Qur'an dan Sunnah insyaALlah sebagai sumber utama pendidikan boleh membawa kepada pendidikan yang-sebenarnya.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.