Risalah Usrah

Surah Al-Fushshilat 30-32

Menerusi firman-Nya di dalam Al-Quran, Allah swt menzahirkan peringatan yang sangat jelas kepada hamba-hamba-Nya bahawa segala perubahan yang ingin melakukan oleh seseorang manusia, harus dilakukan ketika beliau masih hidup lagi. Seseorang manusia perlu melalui enam fasa kehidupan yang berbeza sebelum menghadapi Hari Pembalasan, yang bakal menentukan haluan kita ke Neraka ataupun Syurga. Fasa-fasa tersebut merangkumi kehidupan di Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh, Alam Mahsyar, dan Alam Akhirat. Justeru,dalam menjalani kehidupan serta ujian dalam kehidupan di Alam dunia ini,seseorang itu perlu menetapkan sepenuh pergantungannya kepada Allah swt, yakni menerusi usaha dan ikhtiar yang dibuat bersandarkan keyakinan bahawa hasilnya itu adalah di bawah ketentuan Allah swt. Manusia hanya merancang, namun sebaik-baik perancang itu hanya Allah swt kerana Dia sahaja yang mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Di samping itu, seseorang itu perlu sentiasa Istiqamu ataupun Istiqamah yakni mempunyai pendirian yang tetap serta teguh dalam menetapkan kepergantungannya kepada Allah swt, memandangkan keimanan seseorang itu akan sentiasa diuji.Peri pentingnya istiqamah itu telah dihuraikan dengan terperinci di dalam Al-Qur'an, ayat 30 sehingga 32 Surah Al-Fushshilat.

Setiap ujian yang ditujukan kepada kita dalam kehidupan ini bertujuan untuk menilai samaada kita akan mendekatkan diri kita kepada-Nya, ataupun sebaliknya. Ia ibarat peperiksaan yang akan menilai samaada seseorang itu berjaya atau tidak menghadapi ujian yang dikemukakan kepada-Nya. Dalam konteks gerakan dakwah,ia menuntut kita untuk merenung kembali sejauh mana kita berjaya menggalas tugasan kita selaku seorang daei di samping menilai tugasan dakwah itu, sebagai sesuatu yang dinamik.  

Seseorang pendakwah perlu menilai sesuatu perkara merentasi sudut pandang yang berbeza. Setiap ruang dakwah yang terbuka perlu dinilai sebagai peluang untuknya mendekatkan diri kepada Allah, kerana ia akan menguji tiga peringkat keimanan kita. Peringkat paling tinggi ialah mencegah sesuatu kemungkaran dengan perbuatan, diikuti dengan peringkat mencegahnya menerusi kata-kata, dan peringkat paling rendah ialah mencegahnya menerusi kata-kata, yang jauh lebih baik dari sekadar memerhati dan berbuat apa-apa.    

Pada penghujung ayat ini, Allah swt telah menzahirkan sifat pengampun serta penyayang-Nya terhadap hamba-hamba-Nya, yang telah dipamerkan melalui pelbagai kisah serta bukti yang jelas lagi nyata.Dalam erti kata lain, walau apapun kesalahan serta kemungkaran yang telah dilakukan,pintu keampunan serta keredhaan Allah telah terbuka seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya, selagi mereka masih lagi menjalani hidup mereka di dunia ini. Menilai betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya, maka sewajarnya kita sama-sama hidup dalam suasana kasih sayang untuk menikmati kemuncak keruhanian tertinggi iaitu, keredhaan dari Allah s.w.t.  

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.