Kontemporari

Perkembangan Gerakan Syiah Di Nusantara

Ust. Muhammad Rivai BatuBara


Firman Allah:
"Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah akan isi hatinya, pada hal ia adalah penentang yang paling keras"
(Q.S. Al Baqarah 204)


PENDAHULUAN

Kehadiran Syi'ah di pentas Nusantara kini adalah merupakan fenomena baru di penghujung abad kedua puluh ini. Bila dan dimana Syi'ah mula-mula diperkenalkan kepada masyarakat Nusantara, sukar untuk dipastikan. Kebanyakan pengkaji sejarah tentang kemasukan Islam ke Nusantara mengatakan bahawa Islam yang mula-mula sampai di Nusantara dibawa oleh orang-orang Sunni. 1 Dengan itu, mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah mazhab yang dominan di Nusantara semenjak berkurun-kurun yang lalu.

Namun setelah terjadinya revolusi Iran pada tahun 1979, mazhab Syi'ah mulai mendapat perhatian. Sepertimana halnya di negeri-negeri yang lain, maka di Nusantara pun tidak sedikit jumlahnya orang yang terpesona, malah mengkagumi revolusi ini. Berikutan dengan itu, mulailah dilakukan kajian-kajian terhadap mazhab Syi'ah. Persoalannya bukan hanya berhenti di sini, tetapi adanya usaha untuk mengembangkan fahaman dan 'aqidah Syi'ah di kalangan pengikut- pengikut Sunnah di Nusantara ini, selaras dengan maksud Iran untuk mengeksport revolusinya ke bahagian dunia lainnya.

Dalam hubungan ini soalan yang patut ditimbulkan, apakah kawasan Nusantara yang dominan dengan fahaman Sunnahnya semenjak berkurun-kurun yang lalu tidak terlepas dari menjadi sasaran hasil dari usaha-usaha mengeksport revolusi Iran dengan fahaman Syi'ahnya? Atau dengan lain-lain perkataan, adakah berlaku usaha-usaha penSyi'ahan terhadap pengikut-pengikut Sunnah di Nusantara ini?

Di sini penulis akan cuba mencatitkan aktiviti-aktiviti Syi'ah di Thailand, Malaysia dan Indonesia. 

 

THAILAND

Dari 30 Mei hingga 13 Jun 1988 yang lalu, penulis bersama dua orang du'at telah pergi melawat Bangkok dan Thailand Selatan. Kami telah bertemu dengan Syaikhul Islam dan Perwakilan Rabithah Alam Islami di Bangkok dan dengan para du'at yang ada di Bangkok dan Thailand Selatan, di samping melawat kawasan-kawasan Yala, Pattani, Narathiwat, Stul, Trang, Pattalong dan Hadyai. Dari lawatan dan pembicaraan-pembicaraan tersebut dapat dikumpulkan tentang aktiviti-aktiviti Syi'ah di sana sebagai berikut;

1.    Di Bangkok kegiatan Syi'ah lebih ditumpukan di kalangan pelajar-pelajar Islam yang sedang menuntut di universiti- universiti, terutama universiti Ram Khanheang.
2.    Ada sejumlah pelajar yang dihantar ke Iran untuk mendalami Syi'ah dan setelah kembali ditugaskan untuk mengembangkan fahaman Syi' ah.
3.    Penerbitan Syi'ah “Dar Ahlul Bait" di Bangkok sangat aktif menerbitkan dan menyiarkan secara percuma risalah-risalah, majalah dan buku-buku Syi'ah dalam bahasa Siam, Arab dan Inggeris ke seluruh masjid, sekolah-sekolah Arab, sekolah- sekolah Kerajaan yang ada di Bangkok dan Thailand Selatan. Akhbar Al-Jihad disebarkan setiap minggu.
4.    Menyewa hotel-hotel selama dua atau tiga hari untuk membincangkan hikmah haji mengikut konsep Syi'ah, sehingga para peserta terpengaruh dengan fahaman mereka, seperti terjadi di Bangkok dan Nakhon. Juga mengadakan perbincangan yang berterusan dengan para pemuda dan pelajar.
5.    Di bandar Yala pada 27 Ramadhan 1408H yang lalu, mereka mengadakan demonstrasi dan berarak di sekeliling bandar Yala, dengan menjulang slogan-slogan Syi'ah dan gambar Ayatullah Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran untuk memperingati hari Quds. Para penunjuk perasaan didatangkan dari luar Yala dengan kerjasama pertubuhan pemuda di Yala dengan bantuan kalangan tertentu. Perarakan yang sama berlaku juga ketika memperingati hari Maulud Nabi sebelumnya. Ada beberapa orang tokoh di Yala berusaha mempengaruhi pemuda kepada Syi'ah.
6.    Di Pattani dan Narathiwat mereka aktif mengadakan ceramah -ceramah di beberapa tempat dan berusaha memujuk pemuda untuk dihantar belajar ke Iran.
7.    Di Stul, iaitu dekat kampung Salong, mereka baru saja selesai membangun masjid menjelang bulan Ramadhan 1408H. Masjid ini cukup menarik dan diberi nama masjid Al Imam al Baqir. Di dalamnya didapati kitab-kitab rujukan Syi'ah yang penting dan baru, selain batu-batu pipis kecil yang dipercayai dipergunakan pada waktu sujud dalam shalat mengikut ajaran Syi'ah. Dari maklumat yang diperolehi bahawa berdekatan dengannya akan dibuka sebuah madrasah. Berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan masjid ini dipercayai bahawa ianya akan dijadikan pusat kegiatan Syi'ah di kawasan ini.
8.    Di dekat bandar Trang, sebuah lagi masjid Syi'ah bernama masjid Al Imam Al Mahdi, yang dibangun semenjak beberapa tahun yang lalu. Ketika kami sampai di masjid ini kami mendapati seorang guru muda yang telah mendapat pendidikan di Iran sedang mengajar sekumpulan pelajar-pelajar muda yang didatangkan dari berbagai daerah. Di dalam masjid ini juga penuh dengan kitab-kitab rujukan Syi'ah. Di sekelilingnya ada asrama pelajar yang dipenuhi dengan gambar Ayatullah Khomeini. Di dinding sebelah luar masjid ini ada tertulis: "Dengan namanya yang maha tinggi, bahawa Sayyid Muhammad Zaki telah meletakkan batu asas masjid Al Imam al Mahdi di Trang, Thailand: pada tarikh 10 Syawal 1405H/ 29-6-1985". Tulisan ini dalam bahasa Arab dan Siam.
9.    Selain dari itu pernah dilaporkan oleh sebuah akhbar di Bangkok, bahawa puak Syi'ah telah menggunakan masjid lama yang dibina pada kurun ke 17 di Pattani sebagai pusat kegiatan mereka. Pengikut-pengikut mereka didatangkan dari wilayah-wi1ayah Patta1ong, Trang, Nakhon si Tammarat dan Stul. Perbuatan mereka ini telah menimbulkan perbalahan di kalangan orang-orang Islam di Selatan Thailand, yang majoritinya pengikut Sunnah. Demikian dinyatakan oleh salah seorang anggotajawatan kuasa Hal Ehwal Islam di Yala.



MALAYSIA

Sungguhpun kegiatan Syi'ah di Malaysia sudah banyak diketahui umum melalui pemberitaan akhbar-akhbar harian dan mingguan, polemik dan penulisan makalah melalui akhbar dan majalah, seminar- seminar, ceramah-ceramah, perbincangan dalam halaqah tertentu dan sebagainya, namun kiranya perlu lagi disebut di sini, di antaranya;

1.    Sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 25-10-1983 me1apurkan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia termasuk tiga orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syi’ah dari Iran di negeri Selangor dengan cara pergi dari rumah ke rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah pergi ke Iran selama dua minggu atas bantuan pihak tertentu.
2.    Akhbar-akhbar tempatan pernah menyiarkan bahawa kumpulan Syi'ah Imamiah telah wujud di Petaling Jaya dengan bilangan seramai 200 orang dan sebilangan mereka dihantar ke Pakistan dan Iran. Mereka juga mempunyai sebuah sekolah di Melaka.
3.    Sebuah akhbar mingguan bertarikh 6-8-1983 memberitakan bahawa sejumlah ulama dan tokoh Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami lil Hajji tajaan Iran di Dakka Bangladesh pada 26 hingga 30 Jun 1983.
4.    Pada 16- 7 -1984, bertempat di perpustakaan awam Kota Bahru telah di langsungkan seminar haji yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta. Tujuannya untuk mempelajari haji mengikut risalah Imam Khomeini dan Muktamar Haji Alami. Seminar ini adalah sebagai lanjutan Muktamar Haji Alami, di India dan Bangladesh, tetapi ianya bersifat tempatan. Gambar- gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran memenuhi ruang seminar.
5.    Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan Pustaka atas anjuran Pusat Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi yang diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani. Haramain mesti ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama Islam yang amat layak. Taat kepada Imam Khomeini adalah penting bagi menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap golongan umat yang tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini. 2
6.    Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi’ah Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
7.    Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds Malaysia ke serata masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran dengan komentar yang cukup memberangsangkan.
8.    Memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407, dimana pengerusinya menyampaikan perutusan Imam Khomeini.
9.    Ceramah-ceramah tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang penerimaan ummat Islam terhadap Syi’ah Imamiah seperti yang berlaku di beberapa tempat di pantai timur.
10.    Penampilan makalah-makalah yang membela dan mempertahankan 'aqidah Syi'ah melalui akhbar dan majalah tertentu.
11.    Perbincangan dan kumpulan tertentu atau pengajian melalui halaqah tertentu untuk mendalamkan pengetahuan dan mengukuhkan keyakinan terhadap Syi’ah.


INDONESIA

Sebagai dimaklumi bahawa Indonesia adalah negara yang dihuni oleh jumlah terbesar ummat Islam di dunia yang sedang berdepan dengan berbagai tentangan yang ingin menghakis kepercayaan ummat terhadap Islam dari berbagai aliran kepercayaan yang merosak ‘aqidah Islamiah, seperti kristenisasi, sekularisasi, reaktualisasi, ahmadiah qadyani, aliran kebatinan, inkarus sunnah dan sebagainya. Namun dengan ‘aqidah Ahlus Sunng wal Jama’ah ia masih mampu bertahan. Kini ia terpaksa pula berdepan dengan fenomena baru iaitu gerakan Syi’ah yang aktif dan agresif di tengah-tenag Ahlus Sunnah, yang membawa perpecahan kepada kaum muslimin di Indonesia. Dalam hubungan ini, majalah Al-Muslimun dalam rencananya antara lain menyatakan: "Revolusi Syi’ah Iran telah membawa kekacauan di beberapa negara Islam, termasuk Indonesia. Di beberapa tempat mereka telah melakukan tindakan-tindakan ofensif yang menimbulkan perpecahan di kalangan kaum muslimin. Ajaran-ajaran Syi'ah yang bertentangan secara 'aqidah dengan ajaran Islam telah membuat keraguan di kalangan pemuda muslim disini. Sementara kalangan cendekiawan yang semula telah turut membesar-besarkan revolusi itu, kini bungkem tak bersuara. Revolusi Syi'ah meninggalkan bibit permusuhan dan perselisihan di kalangan muslimin Indonesia." 3

Majlis Ulama Indonesia melalui Rakernes pada 5 Jamadil Akhir 1404H/8 Maret 1984 telah membuat beberapa keputusan mengenai perbezaan pokok di antara faham Syi'ah dengan mazhab Sunnah wal Jama'ah, sambil menggesa ummat Islam Indonesia yang berfaham Ahlus Sunnah wal Jama'ah agar meningkatkan kewaspadaan terhadap kemungkinan masuknya faham yang didasarkan atas ajaran "syi'ah".4

Berbicara mengenai kegiatan Syi'ah di Indonesia, bapak Muhammad Natsir, mantan Perdana Menteri dan Ketua Partai Masyumi, yang kini menjawat sebagai Ketua Dewan Dakwah Islamiah menyatakan antara lain-lain: “Semenjak permulaan tahun delapan puluhan mulailah berdatangan kitab-kitab mengenai aliran Syi’ah dalam bahasa Arab melalui beberapa alamat di Jawa Tengah dan Jawa Timur dan beredar dari tangan ke tangan. Para alim ulama kita tahu, tapidiam. Sementara itu mulailah terbit buku-buku dan brosur-brosur tentang aliran Syi' ah dalam bahasa Indonesia. Ada berupa karangan sendiri, ada yang berupa terjemahan dari buku-buku Inggeris. Diterbitkan di Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan lain-lain serta mendapat pasaran pembaca yang  luas juga, terutama di kalangan angkatan muda kita. Selangkah lagi, kelompok kelompok dari kalangan mahasiswa dan pelajar-pelajar kita sudah mulai ziarah ke Teheran melalui Kuala Lumpur dan New Delhi, sekalipun peperangan Iran-Iraq sedang berkobar. Sekembalinya membawa literatur aliran Syi'ah. Yang menarik perhatian pula ialah bahawa ada di antara pemuda-pemuda kita itu meletakkan sebuah batu kecil di depan tempat sujud.  Memang begitu antara lain cara shalat yang dilakukan oleh banyak penganut aliran Syi'ah. Sewaktu-waktu ada yang bersedia shalat berjema'ah bersama teman-teman lain berimamkan seorang yang bukan Syi'ah. Tetapi kemudian diulanginya lagi shalat itu juga sendirian. Menurut pelajaran yang mereka terima, tidak sah shalat bila diimami oleh seorang yang bukan Syi’ah. Kalau perkembangan sudah demikian, apakah para alim ulama kita di Indonesia patut “mendiamkan saja” ? Tak patut, dan tidak boleh! “Kata berjawab, gayung bersambut!” 5

Selanjutnya untuk mendapatkan gambara yang lebih jauh mengenai perkembangan Syi’ah di Indonesia kini, penulis telah pergi mengunjungi Dewan Dakwah Islamiah Indonesia di Jalan Keramat Raya 45 Jakarta dari 24-28/1/1990 yang baru lalu. Di antara beberapa maklumat yang dapat penulis catitkan ialah:

1.    Ekoran daripada revolusi Iran tahun 1979, ramai daripada kalangan angkatan muda, pada tahun 1980 telah dapat kesan kegiatan Syi’ah di Cempaka Putih Jakarta atas usaha seorang Doktor yang telah berhasil mempengaruhi sejumlah anak-anak muda dan mahasiswa.
2.    Dengan tersebar luasnya buku-buku dan risalah-risalah yang datang daripada Iran, pengkajian terhadap Syi’ah dan pengaruhnya semakin meluas ke tempat-tempat lainnya.
3.    Pada tahun 1981, beberapa orang pergi ke Qum Iran atas undangan Iran dan membawa pulang literatur Syi’ah serta mengembangkan fahaman Syi’ah di Indonesia.
4.    Kini tempat-tempat penting yang menjadi gerakan Syi’ah ialah: Jakarta, Bandung, Tasikmalaya, Pekalongan, Jokjakarta, Surabaya, Bangil, Malang, Jember, Lampung, Palembang, Bengkulu, Padang, Medan, Ujung Pandang dan Menado.
5.    Sasaran utama mereka untuk masa kini ialah para remaja dan mahasiswa, terutama mereka yang agak kosong dari asas-asas pengetahuan agama. Mereka sangat aktif mengadakan diskusi-diskusi dan perdebatan-perdebatan dalam majlis-majlis yang diadakan khas untuk itu. Di Bandung ada sebuah majlis ta'lim yang dikenali dengan Al Ashar sebagai sarana untuk membina fikrah Syi' ah di kalangan mahasiswa di bawah asuhan seorang cendiakawan dan penulis terkena yang menjadi pensyarah di UNPAD (Jalaludin Rahmat). Beliau dianggap sebagai marja' Syi'ah dan sangat aktif mengunjungi bandar-bandar dan tempat-tempat yang menjadi gerakan Syi'ah.
6.    Mereka juga telah berhasil membuka beberapa pesanteren. Di antaranya ialah pesanteren Yapis di Bangil, sebuah pesanteren di Pekalongan di bawah asuhan seorang alumni Qum. Mereka juga sedang mempersiapkan sebuah perguruan tinggi di Ciputat Jakarta.
7.    Mereka juga mempunyai beberapa penerbitan. Di antaranya ialah Yapi di Surabaya dan Al Mizan di Bandung yang sangat produktif menerbitkan buku-buku dan risalah-risalah mengenai Syi'ah. Di Jember Jawa Timur ada sebuah yayasan bemama Al Hujjah.
8.    Laporan dari Sumatera Barat mengatakan bahawa ketika ini pentolan-pentolan Syi'ah sangat aktif mempengaruhi para pemuda dan intelek yang kosong jiwanya, sehingga ada yang telah menukar namanya dengan nama-nama Syi'ah, menangisi gambar Khomeini di tengah-tengah keluarga dan meletakkan batu kecil di tempat sujud ketika shalat.
9.    Kahwin mut'ah telah berlaku di beberapa tempat seperti di Tanjung Periuk, di Cempaka Putih Jakarta Barat, di Cikoko Jakarta Selatan, Bandung dan Lampung.
10.    Pada 30-31/7/1988 te1ah berlangsung pertemuan Syi'ah se-Jawa di Wisata Kaliurang. Di antara keputusan yang dimbil ialah:
a) Memperingati Ghadir Khum
b) Mempersiapkan acara 10 Muharram
c) Mendirikan sebuah pesanteran di Jawa Tengah

Demikianlah beberapa catitan yang dapat diambil dari berbagai laporan dan kenyataan orang-orang tertentu, yang walaupun sifatnya agak sederhana, tetapi sudah cukup kiranya menjadi petunjuk kepada kita bahawa satu fenomena baru gerakan Syi'ah sedang beroperasi di kubu-kubu Ahlus Sunnah di persada Nusantara ini.

Apakah sebab-sebab Syi'ah atau pemikiran Syi'ah diterima di rantau ini? Jawapannya memerlukan kajian yang teliti. Namun demikian saya akan cuba mcmperkatakan beberapa sebab yang penting dalam pengamatan saya; di antaranya ialah:

Bahawa perbezaan yang mendasar dan percanggahan yang nyata di antara 'aqidah Syi'ah dengan 'aqidah Ahlus Sunnah masih terselindung, tidak diketahui dan tidak disedari oleh kebanyakan Ahlus Sunnah, khasnya di rantau ini.


KEPERCAYAAN SYI'AH YANG BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM

Dalam hubungan ini perlu disebut beberapa masalah yang menjadi pegangan dan keyakinan Syi'ah lmamiah yang bercanggah dengan 'aqidah Ahlus Sunnah:

a) Masalah lmamah:

1.    Kepercayaan kepada Imam, adalah pokok yang utama yang membezakan Syi'ah Imamiah dari golongan lainnya. 6
2.    Para Imam itu dipilih dan ditentukan oleh Allah. 7
3.    Mengenal para Imam adalah menjadi syarat iman. 8
4.    Menta'ati Imam adalah wajib dan mengingkarinya adalah kafir. 9
5.    Para Imam adalah ma'ksum sebagaimana para Nabi dan Rasul. 10
6.    Para Imam mempunyai maqam yang tidak mungkin dicapai oleh para Malaikat dan Nabi sebagaimana dinyatakan oleh Imam Khomeini di dalam bukunya Al Hukumah Al Islamiyyah.

"Dan sesungguhnya di antara yang wajib diimani di dalam mazhab kita ialah bahawa Imam-Imam Syi'ah itu mempunyai kedudukan yang tidak mungkin dicapai oleh para Malaikat dan Nabi." 11

7.    Semua atom di alam semesta ini wajib tunduk dan patuh kepada Imam dan semuanya berada di bawah kekuasaannya. 12
8.    Ajaran para Imam adalah sama dengan ajaran Al Quran dan wajib melaksanakan dan mematuhi sebagaimana ditegaskan oleh Khomeini di dalam buku yang sama:

"Dan sesungguhnya ajaran para Imam adalah sama seperti ajaran AL Quran; dia tidak dikhususkan kepada satu jenerasi sahaja, tetapi untuk seluruh jenerasi, pada setiap waktu dan tempat hingga ke hari kiamat wajib melaksanakan dan mematuhinya." 13
 
9.    Para Imam tahu bila dan di mana ia akan meninggal dunia dan ia tidak akan meninggal kecuali dengan kehendaknya. 14

10.    Para Imam tahu apa yang sudah terjadi, apa yang akan terjadi, apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di syurga, apa yang ada di neraka dan tidak ada yang tersembunyi bagi mereka.  15

Imamah ialah masalah Walayah yang menjadi rukun Islam yang penting dalam pandangan Syi'ah. Di dalam Usul al Kafi, tajuk Kitabul Imam wa kufur. Bab Da'aimul-Islam, ada tersebut:

Dari Zurarah; dari Abi Ja'far A.S., ia berkata: "Islam diasaskan kepada lima perkara, iaitu shalat, zakat, haji, puasa dan walayah." Berkata Zaharah: " Aku bertanya. "Manakah yang paling utama di antara lima perkara itu?" la berkata "Yang paling utama ialah walayah, sebab ialah kuncinya." 16

Malahan mereka mengatakan bahawa Imamah itu telah termaktub dalam semua suhuf para Nabi, sesuai dengan riwayat para imam mereka yang ma'shum:

Dari Abil Hasan A.S. ia berkata "Walayah Ali telah termaktub dalam semua suhuf para Nabi, dan Allah tidak akan mengutus Rasul melainkan dengan Nubuwwah Muhammad S.A.W. dan washiah Ali A.S." 17

b) Tahrif Al Quran:

Kalau Imamah itu telah disebut oleh semua suhuf para Nabi. mengapa Al Quran tidak menyebutnya? Mereka menjawab bahawa Al Quran pun ada menyebutnya. Ini berdasarkan riwayat-riwayat para imam mereka yang ma'shum bahawa Imamah Imam Ali itu telah disebut beratus kali di dalam Al Quran, tetapi orang-orang yang memegang jawatan khalifah selepas Rasulullah S.A.W. wafat telah menyelewengkan (tahrif) akan ayat-ayat itu, atau mengeluarkan kalimat-kalimat yang menyebut tentang keimaman Ali dan para imam selepasnyal.18 Dari sinilah bertolaknya pemikiran mereka yang mengatakan berlakunya tahrif terhadap Al Quran. Yang lebih menarik perhatian lagi, ialah kepercayaan mereka bahawa Al Quran (yang ada pada mereka) mengandungi tujuh belas ribu ayat seperti yang diriwayatkan oleh imam mereka:

Dari Hisyam bin Salim, dari Abi Abdillah A.S. ia berkata:
Sesungguhnya Al Quran yang dibawa oleh Jibril kepada Muhammad S.A.W. adalah tujuh belas ribu ayat". 19

Malahan mereka mendakwa bahawa pada mereka ada apa yang disebut dengan 'Mushaf Fatimah'. Ini berdasarkan riwayat imam mereka juga:
"Berkata Abu Abdillah: Dan sesungguhnya di sisi kita ada Mushaf Fatimah. Tahukan mereka apa itu Mushaf Fatimah ? Ia (Abu Abdillah) berkata: Iaitu Mushaf yang padanya seperti Quran kamu ini tiga kali ganda." 20

Mengenai berlakunya tahrif Al Quran ini ulama yang dihormati di kalangan Syi'ah Al-Allamah Nuri AI Thibrisi telah menegaskan di dalam bukunya "Fashlul Khitab Fi Ithbati Tahlifi Kitabi Rabbil Arbab". Malahan AsSayyid Ni'matullah al Jazairi mengatakan bahawa berlakunya tahrif al Quran merupakan riwayat yang mutawatir dari sumber-sumber Syi'ah." 21

c) Pendirian Syi'ah terhadap Sahabat Nabi:

Kata-kata yang diucapkan oleh orang-orang sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. sungguh berat sekali. Bukan sahaja berupa caci maki, hina nista, tetapi juga meluahkan kata-kata yang tidak wajar diucapkan kepada seorang muslim, apatah lagi para sahabat yang telah diridhai oleh Allah dan diperakui keutamaan dan keadilannya oleh Rasulullah S.A.W. Orang-orang Syi'ah menuduh sahabat-sahabat Rasulullah itu mengingkari wasiat perlantikan Ali oleh Rasulullah dalam peristiwa Ghadir Khum (mengikut kepercayaan mereka), menuduh para sahabat menyeleweng Al Quran, bahkan mengecap para sahabat sebagai orang-orang yang murtad, fasiq, zalim dan kafir. Buku-buku Syi'ah penuh dengan cerita-cerita khurafat dan tuduhan-tuduhan yang tidak dapat diterima oleh akal terhadap sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. telah murtad, kecuali beberapa orang sahaja. 22

Ayatullah Khomeini di dalam bukunya "Kasyful Asrar" dengan terang-terang mengatakan bahawa khalifah yang tiga, Abu Bakar, Umar dan Othman, mencari kepentingan dunia dan seburuk-buruk makhluk. Mereka menerima Islam di mulut sahaja, kerana ingin memerintah dan berkuasa.

Pada zahirnya mereka muslim, tetapi pada bathinnya mereka kafir dan zindik. Mereka bersedia melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka. Sebagaimana mereka boleh menyelewengkan Al Quran, sekiranya keadaan menghendaki demikian, atau mereka-reka hadis yang tidak benar. Sesungguhnya hati mereka kosong dari perasaaan takut kepada Allah dan sememangnya mereka tidak beriman. Seandainya mereka lihat untuk mencapai matlamat mereka tersembunyi dengan meninggalkan Islam dan mengambil sikap permusuhan seperti Abi Jahal dan Abi Lahab, niscaya mereka akan melakukan demikian tanpa ragu-ragu." 23

Apabila sudah sampai demikianlah martabat dan kedudukan sahabat dalam pandangan mereka, maka di manakah kita letakkan sahabat yang mana dari merekalah kita menerima ajaran-ajaran Islam ini? Dan apa pulakah yang harus kita katakan kepada Rasulullah yang mendidik mereka? Dan kepada Al-Quran yang mereka katakan telah berlaku penyelewengan ? Dan kepada Imam-Imam mereka yang mempunyai kedudukan mengatasi Malaikat dan Nabi ? Dan banyak lagi masalah-masalah 'aqidah dan furu' yang tidak mungkinada titik temu dan bercanggah secara terang-terangan dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Tetapi hal-hal ini masih terselindung dari kebanyakan orang sehingga mereka mudah terpengaruh dengan di'ayah Syi 'ah yang menjalankan pendekatan taqiyyah.

SEBAB-SEBAB PEMIKlRAN SYI'AH DITERIMA Dl RANTAUINI

1.    Terlalo kagom dan terpesona dengan revolosi Iran serta ketokohan Ayatollah Khomeini di dalam menombangkan kekoasaan Shah.


Revolusi Iran berlaku ketika dunia Islam sedang bergelora dengan semangat kebangunan semula ummat Islam, yang ditandai dengan gerakan-gerakan belia untuk menghayati kehidupan Islam dan merindui lahimya masyarakat Islam yang mengamalkan undang-undang dan cara hidup Islam yang mumi. Mereka sudah jelak dengan cara hidup barat yang dipaksakan melalui kuasa dan peraturan yang dipersiapkan oleh barat semasa penjajahan dahulu. Tiba-tiba meletus revolusi Iran dan berhasil menumbangkan kuasa Shah yang menjadi lambang wajah hidup barat.

Secara tabienya, tidak dapat dihindarkan kalau banyak orang terpukau dengan revolusi Iran, apatah lagi slogan-slogan indah yang cukup menarik seperti: revolusi Islam, menegakkan pemerintahan Islam, membebaskan mustadh'afin dari kezaliman mustakbirin, mewujudkan perpaduan ummat Islam untuk membebas Baitul Maqdis dari cengkaman Yahudi Zionis dan sebagainya. Kadang-kadang dengan lantang dan beraninya menyelar kuasa-kuasa besar dan paling pandai mempergunakan momentum yang penting seperti isu Salaman Rushdi umpamanya. Maka tidaklah hairan kalau ada orang yang berharap bahawa revolusi Iran dapat merelisasi cita-cita dan harapan ummat, terutama di masa awal revolusi.

Tetapi harapan hanya fatamorgana! Dari masa ke semasa semakin jelaslah, untuk apa dan ke arah mana revolusi Iran bergerak?! Betulkah revolusi Islam berjalan seperti yang dicanangkan?! Betulkah Islam yang murni dan syumul telah dijadikan dasar pemerintahan? Betulkah rakyat jelata atau kaum mustadh'afin telah mendapat pembelaan dari kaum mustakbirin? Betulkah adakejujuran untuk mewujudkan perpaduan ummat Islam dari segala aliran dan mazhab? Betulkah hendak membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman Yahudi Zionis? Dan banyak lagi pertanyaan yang perlu diajukan ?
Kalau betul revolusi Islam seperti yang dicanangkan mengapa mahkamah-mahkamah revolusi menjatuhkan hukuman mati kepada ribuan orang tanpa mengikut lunas- lunas Islam? Mengapa harta-harta rakyat dirampas. 24 Kalau betul Islam syumul dijadikan dasar pemerintahan, mengapa perlembagaan Republik Islam Iran menyatakan bahawa agama rasmi ialah Islam dan mazhab Ja'fari Ithna ‘Asyariah, yang memperkukuhkan rasa kelompok dan perkauman? 25

kalau betul golongan lemah telah mendapat pembelaan, mengapa terjadi pencabulan hak-hak asasi yang membawa hukuman mati kepada lebih 25,000 orang dan mangsa penjara lebih 60,000 orang? 26.

Kalau betul untuk mengujudkan perpaduan, mengapa dikorbankan permusuhan dengan negara-negara Islam, terutama negara-negara jiran? Kalau betul hendak membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman Yahudi Zionis, mengapa pada masa yang sama mendapat senjata dari Israel? Untuk yang akhir ini telah dijelaskan dengan nyata, berikut dengan dokumen- dokumennya oleh Husein Al Hasyimi di dalam bukunya "Al Harbul Musytarak Iran wa Israel". Dan mengenai trajedi revolusi Iran telah dipaparkan dengan jelas oleh Dr. Musa Al Musawi di dalam bukunya "Al Thaurah al-Baisah". Dengan menatap kedua buku ini akan nampaklah hakikat yang berlaku di dalam revolusi Iran dan pemimpinnya Khomeini. Kiranya menjadi renungan bagi orang-orang yang terpukau dan terpesona dengan revolusi Iran dan pemimpinnya.


2.    Kesungguhan, kegigihan serta kepandaian mereka menyiarkan fahaman Syi'ah ke serata tempat.

Berikutan dengan berlakunya revolusi Iran pada tahun 1979, surat khabar, majalah serta risalah-risalah mengenai revolusi telah sampai ke serata dunia, termasuk Nusantara ini. Kemudian datang pula kitab-kitab mengenai Syi'ah. Majalah Al Mujtama' bil. 843, 25 Rabi'ul Awwal 1408H mengatakan: "Bahawa pemerintah Teheran mengeluarkan belanja untuk propaganda sama persis dengan belanja perang. Mereka lebih mengutamakan untuk menyiarkan buku-buku yang lebih bercorak pemikiran revolusi Iran dan mengelirukan ‘aqidah Sunnah. Mereka telah mencetak berjuta-juta buku dalam berbagai tajuk di dalam berbagai bahasa di dunia. Malahan di beberapa bandar yang penting di dunia mereka telah menubuhkan pusat-pusat penyiaran dan penerbitan dengan kerjasama penulis-penulis tempatan. Selain itu, pusat-pusat Islam di Washington, di beberapa tempat di Amerika, dan Kanada. Bahkan Australia, Thailand, Britain, Jerman Barat, Belanda dan Sepanyol telah "dikuasai" oleh mereka. Di England dan Belgium terjadi pertembungan di antara mereka dengan Ahlus Sunnah dalam usaha mereka menguasai setengah masjid." 27

Di kalangan orang-orang yang telah terpengaruh dengan pemikiran Syi'ah pun ada kesungguhan dan kegigihan untuk mengembangkan fahaman ini melalui tulisan-tulisan mereka di akhbar-akhbar atau majalah-majalah tertentu malahan menulis buku atau menterjemahkan buku-buku Syi'ah yang dikira boleh diterima oleh pembaca. Mereka sangat pintar untuk mengambil petikan-petikan dari buku-buku Ahlus Sunnah atau kenyataan-kenyataan ulama dan tokoh-tokoh Sunni, yang dikira boleh diperkuat hujjah mereka. Sikap "Taqiyyah" banyak membantu mereka untuk mempengaruhi orang lain. Taqiyyah bererti menampakkan (mengatakan) sesuatu yang tidak sama dengan hati nurani, dan menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa mereka sembunyikan. la merupakan asas yang penting ketika bergaul dengan orang lain yang bukan Syi'ah Imamiah, terutama dengan Ahlus Sunnah. 28

Pertemuan-pertemuan, perbincangan, perdebatan, majlis ta'lim, halaqah-halaqah yang teratur dan berterusan adalah sarana-sarana yang dimanfaatkan dengan sebaik- baiknya. Dengan kesungguhan dan pendekatan yang baik, mereka berjaya mengembangkan pemikiran Syi'ah khasnya di kalangan golongan terpelajar dan belia-belia yang bersemangat.

3.    Sikap masyarakat di rantau ini, khasnya orang-orang Islam yang penuh toleransi dan agak liberal di dalam menerima fahaman-fahaman yang datang dari luar. 29 Ini dapat diperhatikan dari sikap mereka di dalam menghadapi pertembungan berbagai aliran fahaman yang datang kepada mereka, kadang-kadang bersikap acuh tak acuh dan menganggap mudah dalam soal-soal prinsip dan pendirian.
4.    Kurangnya usaha-usaha para ulama Ahlus Sunnah untuk memperjelaskan kepada masyarakat tentang percanggahan 'aqidah Syi’ah dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah’ baik melalui penerangan atau penulisan. Kalaupun ada usaha-usaha yang dilakukan hanyalah atas usaha perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tidak ada penyelarasan, kecuali oleh Dewan Dakwah Islamiah di Indonesia. Buku- buku ilmiah yang ditulis mengenai masalah ini amat terbatas, sehingga masyarakat kurang mendapat kesempatan untuk mengetahuinya.
Berbicara mengenai pendukung fahaman Syi' ah di rantau ini serta ciri-ciri gerakan mereka, maka di antara yang dapat dikesani ialah:

Di Thailand, orang-orang Syi'ah hanya dapat mempengaruhi orang-orang yang kurang asas pengetahuan agarna dan para belia serta mahasiswa yang tidak rnernpunyai latar belakang pendidikan rnadrasah. Adapun di kalangan orang awam faharnan Syi'ah kurang diterima, terutama di wilayah-wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat. Ini juga disebabkan pengaruh dan wibawa para ularna dan du'at kita di daerah-daerah ini. Tetapi di kawasan-kawasan yang kurang madrasah, seperti Stul, Trang, Pattalong dan Nakhon si Tammarat, mereka lebih mudah menyebarkan fahamannya.

Di Indonesia, pengaruh Syi'ah lebih ketara di kalangan remaja dan mahasiswa. Ini mungkin aktivis-aktivis Syi'ah lebih menumpukan gerakan mereka di kalangan golongan ini. Seperti di Thailand, fahaman Syi'ah lebih mudah diterima oleh mereka yang kurang pengetahuan agamanya, atau yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan pesanteren, kerana seperti dimaklumi di pesanteren mereka telah terbina lebih dahulu dengan fahaman Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Para aktivis Syi'ah di sini terdiri dari sarjana-sarjana yang mendapat pendidikan di Iran dan Amerika Syarikat. Pengaruh mereka di kalangan orang awam sangat terbatas. Ini mungkin disebabkan Syi'ah dan pemikirannya masih asing sukar difahami. Berlainan dengan Thailand dan Indonesia, di Malaysia pemikiran Syi'ah dapat mempengaruhi setengah ulama kita, seperti yang dapat dikesan dari tulisan-tulisan mereka di dalam akhbar dan majalah tertentu. Juga di kalangan beberapa orang-orang yang mempunyai latar belakang pendidikan madrasah. Yang menarik perhatian, ada orang yang berkata: "Kita hanya mengambil dari segi politiknya?", yakni merujuk kepada revolusi Iran. Bukankah revolusi tu lahir dari 'aqidah Syi'ah dan untuk kepentingannya?

Adapun ciri-ciri gerakan mereka cukup teratur, aktif dan gigih, walaupun belum sampai ke tingkat militan. Bagaimanapun sejarah gerakan Syi'ah mempunyai ciri-ciri yang militan. Ini disebabkan pengaruh doktrin Imamah yang tidak mungkin bertolak ansur dengan sebarang pemikiran yang lain. Doktrin ini diperkuat oleh konsep "Wilayatul Faqih" yang dicipta oleh Khomeini. Secara globalnya, Wilayah Faqih bererti kekuasaan orang yang faham hukum-hukum Islam dan kekuasaan yang dimaksud merupakan kekuasan tertinggi dan membawahi kekuasaan lembaga-lembaga legislatif, eksekutif dan judiciari. Dalam konsep Wilayatul Faqih tidak ada kedaulatan rakyat, manakala p" insip syuro atau Musyawarah tidak mendapat tempat. Wilayatul Faqih berlaku dan menguasai seluruh dunia. Semua kekuasaan yang tidak tunduk kepada Wilayatul Faqih diisytiharkan sebagai kekuasaan yang tidak sah." 30 Sesungguhnya begitu sikap "Taqiyyah" selalu digunakan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.


FAHAMAN SYI'AH YANG GANJIL DAN ASING DARIPADA AJARAN ISLAM

Berbicara mengenai bahaya fahaman Syi'ah kepada 'aqidah dan kesatuan ummat maka seperti yang telah diperkatakan di atas bahawa 'aqidah Syi'ah secara terang-terang bercanggah dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Bukan sahaja dalam masalah-masalah Imamah Wilayah Tahrif al Quran dan pandangan mereka terhadap Sahabat perbuatan dan hukumNya sesuai dengan apa yang nampak kepadaNya. Dengan demikian Allah S.W.T. mempunyai sifat jahl. 31
b)    “Al raj'ah” iaitu kepercayaan bahawa sesudah Mahdi yang ditunggu-tunggu datang Nabi Muhammad S.A.W. Ali Hasan Husen dan sekalian Imam-Imam akan datang kembali ke dunia. Demikian juga lawan-lawan mereka iaitu Abu Bakar Umar dan lain-lain dikembalikan juga ke dunia. Pada waktu itu mereka melakukan pembalasan terhadap lawan-lawannya itu. Sesudah itu mereka semuanya mati kembali dan akan dihidupkan lagi pada hari kiamat. 32
c)    "Al-Jafr" iaitu suatu wadah yang terbuat dari kulit isinya berupa pengetahuan tentang apa yang telah dan akan terjadi sampai hari kiamat. Dan berisikan ilmu para Nabi para pewasiat dan cendekiawan bani Israil yang terdahulu. 33

Sesungguhnya masih banyak lagi perkara-perkara ganjil. baik mengenai usul ataupun furu’ yang sangat bertentangan di antara kepercayaan dan 'amalan Syi’ah dengan Ahlus Sunnah yang tidak dapat dipaparkan dalam kertas yang terbatas ini.


MASALAH POKOK OLEH AL USTAZ ABUL HASAN ALl AL NADWI

Namun perlu diingat bahawa persoalan 'aqidah adalah persoalan yang paling pokok dan mendasar. Al Ustaz Abul Hasan Ali al Hasani al Nadwi menegaskan: "Sesungguhnya 'aqidah adalah merupakan garis pemisah di antara dakwah dan perjuangan para Nabi dengan propaganda ideologi-ideologi yang lainnya di mana untuk ini mereka telah membayar dengan harga yang mahal dan tidak mau tawar menawar kerana bagi mereka kayu ukur untuk menerima atau menolak sesuatu berhubung atau terpisah dengan sesuatu iaitu ‘aqidah.

Dengan ini jugalah Islam terpelihara dalam bentuknya yang murni hingga ke hari ini kerana para pendukungnya tidak mahu menyerah kalah atau terpesona di hadapan kekuatan apapun sekiranya 'aqidah tercabar dan tidak akan mendiamkan diri apabila 'aqidah yang murni itu dinodai dengan pemikiran yang menyesatkan walaupun di sana ada kepentingan dunia bagi Islam dan muslimin atau kerana hendak mengelakkan perpecahan.

Malangnya generasi baru yang terpelajar hari ini sudah ketandusan minat terhadap kepentingan 'aqidah ini. Di samping itu di dalam banyak hal kayu ukur yang digunakan untuk menilai sesuatu bukan lagi Al Quran As Sunnah maka cukuplah apabila seseorang itu berjaya mendirikan sebuah pemerintahan dengan nama Islam tampil dengan kegagahannya berani mencabar kuasa-kuasa barat maka ia disanjung dan dianggap sebagai pemimpin yang ideal. 34

Ungkapan ini dikaitkan dengan pendirian mereka yang mengkagumi Khomeini yang walaupun dengan jelas memperkukuh pendiriannya pada Imamah dan kecamannya terhadap para Sahabat melalui tulisan-tulisannya yang tersebar dengan luas sepatutnya tidak dianggap lagi sebagai pemegang panji-panji revolusi Islam pengasas negara Islam dan pemimpin Mithali di kalangan Sunni sekurang-kurangnya. Tetapi pemikiran Islam yang menginginkan kejayaan dan kemegahan Islam telah menempatkannya sebagai "Imam yang ditunggu-tunggu kepadanya sampai ke atas fanatik yang tidak mungkin dikritik dalam segala hal." 35

Peringatan Syeikh Abul Hasan An Nadwi selaku pemikir Islam terkemuka yang karya tulisnya banyak dijadikan rujukan dalam menghadapi berbagai fenomena yang timbul di abad ini patut dijadikan bahan renungan oleh semua pihak.

Berdasarkan fenomena -fenomena yang sedang berkembang kini menunjukkan bahawa masalah 'aqidah tidak dijadikan kayu ukur dalam mengambil tindakan dan gerakan. Hasil kajian dan penelitian mempastikan bahawa 'aqidah Syi'ah Imamiah bercanggah dengan 'aqidah Ahlu Sunnah wal Jama'ah. Dengan adanya gerakan Syi'ah di Nusantara kini maka ummat Islam di rantau ini terpaksa lagi menghadapi fenomena baru iaitu perpecahan yang menyulitkan penyatuan ummat yang berpunca dari percanggahan 'aqidah. Semoga Allah S.A.W. memberi Taufiq kepada hambaNya ke jalan yang benar.


NOTA KAKI

1.    Risalah seminar "Masuknya Islam ke Indonesia" oleh Panitia seminar Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia Medan m.s. 77- 88 dan "Islam di Asia Tenggara. Perspektif Sejarah" oleh LP3ES m.s. 7-9.
2.    "Risalah Quds" yang tersebar pada tahun 1987.
3.    “Maja]lah Al Muslimin" Indonesia.
4.    "Pertentangan antara Syi'ah dan Sunnah". Terbitan Media Dakwah Jakarta m.s. 30-32.
5.    "Syi'ah dan Sunnah" oleh Ihsan Ilahi Zhahiri terjemahan Bey Arifin m.s. 9-10.
6.    “Al Mujmal fis Syi'ah wa Mu'taqadatihim" oleh AghaBarzak al Teherani m.s.39.
7.    " Al Thaurah al Iraniah fi Misan al Islam". oleh Syekh Muhammad Mansur Nukmani m.s. 28 dan 102. m.s. 28 day 102.
8.    “Al Usul min al Kafi" oleh AbuJa'farMuhammad bin Ya'cub al Kulaini j.1. m.s. 138.
9.    Idem m.s. 144.
10.    Idem 156-157.
11.    "Al Hukumah al Islamiyyah" oleh Imam Khomeini m.s. 52.
12.    Idem m.s. 52.
13.    Idem m.s. 113.
14.    "Al Usul min al Kafi" oleh Abu Ja'farMuhammad bin Ya'cub al Kulaini j 1 m.s. 383 dan 384.
15.    Idem m.s. 388-389.
16.    Idem j. 2 m.s. 16.
17.  Idem j. 1 m.s. 363.
18.  “Al Thaurah al Iraniah fi Mizan al Islam" oleh Syekh Muhammad Mansur Nukmani m.s. 189.
19.  Op. Cit j. II 463.
20.  Idem j. I. 186.
21. "Al Thaurah al Iraniah fi Mizan al Islam" oleh Syekh Muhammad Mansur Nukmani m.s. 196-200 dan Al Syi'ah wa Tahrif al Quran Muhammad Malullah m.s. 89.
22. “Al Thaurah al Iranaiah fi Mizan al Islam" oleh Syekh Muhammad Mansur Nukmani m.s. 173 dan Al Tasyayyu' Baina mahum al A 'imah wal mafhum al Farisi oleh Muhammad Al Bundari m.s. 377.
23.“Al Dustur al Baisah" oleh Doktor Musa Al Musawi m.s. 144.
24. Al Dustur al Irani fil Mizan al Islami dalam Nahju Khomeini fi Mizan al fikri al Islami. oleh sekumpulan Pengarang m.s. 25.
25.“Al Atharal Mudammirah lit-thaurah al-Khomeiniyyah ‘Alalah ‘alamil Islami” oleh Doktor Muhammad Abdul Alim Mursi m.s.103.
26." Al Thaurah al Mudammiarah lit-thaurah al Khomeiniyyah Alal 'alamil Islami. oleh Doktor Muhammad Abdul Alim Mursi. m.s. 109.
27. “Pertentangan Antara Svi'ah dan Sunnah".Terbitan Media Dakwah Jakarta oleh Drs. Dahlan Bashray Thariry LSO.m.s. 21.
28. "lkhtisan Sejarah Islam dan Hubungannya Yang Khusus Dengan Malaya" oleh M.A. Rauf m.s. 127.
29.  Risalah "Wilayatul Fakih" olch Yayasan Islam Al Qalam Jakarta dan " Al Thaurah al Baisah" oleh Dr. Musa Al Musawi m.s. 49- 52.
30.    "Sejarah dan Dokumen-dokumen Syi’ah" oleh Syiekh Dr Abdul Mun'in al Nemr m.s. 49-52.
31. "Imam Mahdi" oleh H.M. Arayad Thalib Lubis m.s. 52 dan "Mukhtashar al Tuhfah al Ithna Asyariah" oleh Sayyid Mahmud Syukri    Al Alusi m.s. 200-201.
32.  "Sejarah dan dokumen-dokumen Syi’a-h" oleh Syekh Dr. Abdul Mun'im al Nemr " m.s. 101 dan 113

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.