Kontemporari

Kontemporari

Graduan al-Azhar Pengisi Kebangkitan Islam

Berita Harian; 11 Februari 2007 

Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali; Penulis ialah Felo Bidang Pemikiran Islam di Future Global Network, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga graduan al-Azhar jurusan Bahasa Arab. (Mantan Timbalan Presiden ABIM)

 
MASJID al-Azhar dibina pada 359 hijrah/970 Masihi dengan nama Masjid Kaherah dan tujuan pembinaannya bukan untuk dijadikan universiti sebaliknya sebagai pusat penyebaran dakwah oleh Khalifah Fatimiah. Mereka menjadikan Mesir untuk menyebarkan kefahaman Ahli Bait dan Syiah. Antara orang yang bertanggungjawab mengadakan kelas pengajian di Masjid al-Azhar ialah Yaakub bin Kals, seorang menteri pada masa pemerintahan Khalifah Mu’izzuddin. Pada 378 hijrah, Yaakub bin Kals meminta kepada Khalifah al-Aziz untuk menjadikan pusat pengajian dengan memanggil ulama mengajar di situ dan dibayar gaji. Sejak itu, Masjid al-Azhar menjadi pusat pengajian, terutama mengenai fekah Syiah. Masjid al-Azhar mula menjadi pusat pengajian apabila kejatuhan Baghdad pada 656 hijrah dan pertumbuhan ekonomi Mesir yang semakin mantap, di samping galakan khalifah yang mewakafkan harta untuk al-Azhar, ulama dan pelajarnya.

Hak Kanak-Kanak Dalam Islam

Mohd Rumaizuddin GhazaliTimbalan Presiden ABIM

Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.

Pembangunan Dari Perspektif Al Quran dan As Sunnah

Disunting oleh:
Mohd Basri bin Ahmad Shohimi


Masyarakat yang termasuk dalam kelompok yang diistilahkan sebagai Negara-negara yang sedang membangun ketika ini sedang mengalami semacam keadaan terpukau dengan slogan-slogan seperti pembangunan Negara, nation building dan seumpamanya. Kalimat pembangunan telah dikeramatkan begitu rupa sehingga hampir berstatus kalimat suci yang tidak boleh dipersoal lagi. Sebenarnya apa yang disebut pembangunan itu rata-rata menjurus ke arah penghancuran kemanusiaan atau dehumanisasi.
 
As Syahid Sayyid Qutb yang menjelaskan fenomena trajis ini dengan istilah At Tadmiru insan (penghancuran kemanusiaan) menyatakan bahawa manusia sedang mengalami proses penghapusan ciri-ciri kemanusiaannya dan sekaligus mengalami proses pemupukan ciri-ciri kerobotan dan kehaiwanan. Inilah yang sebenarnya yang berlaku disebalik tabir indah pembangunan.

Islam, Al-Quran dan Wacana Global Violence

Oleh: Qosim Nursheha Dzulhadi

(Penulis adalah mahasiswa Universitas Al-Azhar (Cairo), fakultas Ushuluddin-Jurusan Tafsir.)

Violence atau al-`unuf merupakan kata yang "paling laris" dan komersial sejak tragedi 11 September 2001. Di samping kata tersebut, ada Osama bin Laden yang hingga hari ini disebut-sebut sebagai "dalang" beberapa peristiwa tindak kekerasan. Di Barat, kata violence identik dengan harakah islamiyah (pergerakan Islam). Sedangkan di Timur (baca: dunia Islam), kata al-`unuf identik sebagai sebuah "tantangan" dari luar: Barat.

Islam Hadhari vs Hadharah Islamiyyah : Satu Penilaian dalam konteks Umat Islam di Malaysia

Mukadimah

Menurut perspektif Islam, manusia diciptakan oleh Allah dengan potensi-potensi semula jadi yang memang bertujuan membawa kepada kelahiran tamadun. Ini bermakna kelahiran tamadun hanya bermula apabila manusia berupaya mengembangkan potensinya dan seterusnya memainkan peranannya sebagai khalifah yang memakmurkan bumi ini.

Bagi sarjana Islam seperti Ibn Khaldun mendefinisikan tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek individu yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya. Bagi Sayyid Qutb tamadun Islam itu ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Malaysia Demokrasi Islam?

Mohd Rumaizuddin Ghazali

Takrif Demokrasi

Para ilmuwan Muslim membahaskan masalah ini dengan panjang lebar. Ada berpendapat menyatakan Islam tiada sama dengan demokrasi, ada juga yang berpendapat ia adalah sama dengan demokrasi. Ada berpendapat, di sana ada persamaan dan juga perbezaan.Fahmi Huwaidi dalam bukunya al-Islam wa al-Dimuqratiyah menjelaskan bahawa dua keadaan yang menjadi kesalahan besar kepada Islam iaitu ketika seseorang yang menyatakan Islam sama dengan demokrasi dan ketika ia menyatakan Islam menentang demokrasi. Sesungguhnya perkara ini memerlukan kepada kebebasan dan penjelasan yang mendalam.
Subscribe to this RSS feed