Jejak Ulamak

Jejak Ulamak

Peranan Pemikiran Mohd Natsir Dalam Konteks Memodenkan Pemikiran Umat

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Pak Natsir, atau al marhum Mohammad Natsir (lahir di Alahanpanjang, Sumatera Barat, 17 -7-1908 - meninggal 6 Faebruari 1993) adalah seorang negarawan Muslim, ulama dan intelektuil, pembaharu dan ahlis siasah Muslim Nusantara yang disegani. Hidupnya yang penuh dengan kegiatan yang berfaedah dan membina umat itu, apa lagi di Nusantara, jelas dalam banyak bidang keagamaan, intelektuil dakwah, budaya dan siasah. Pemergiannya sukar diganti. Ia bukan sahaja berjasa kepada rantau ini dengan kegiatan sosial dan siasah sampai pernah menjadi Perdana Menteri Indonesia, serta dakwahnya, dengan terasasnya Majlis Dakwah Indonesia, bahkan ia juga berjasa dalam bidang Islam peringkat antarabangsa sampai ia mendapat kurnia Kurnia Raja Faisal.
 
Dalam nota ini insya’Allah akan diberikan perhatian kepada beberapa aspek pemikirannya dan bagaimana ianya memainkan peranan dalam meletakkan pemikiran umat dalam konteks zaman moden antaranya sebagaimana yang boleh dilihat dari bukunya “Kapita Selekta” dan juga “Fiqhu’d-Da’wah” dalam hubungan dengan persoalan ini.

Pemikiran Abu Hassan Ali al-Nadwi : Satu Tinjauan Ringkas

Mohd Rumaizuddin Ghazali

Al-Nadwi merupakan seorang pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada Muharram 1332 (1914M) di Rai Breily, India dan meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 23 Ramadhan 1420H bersamaan 31 Disember 1999M di daerah kelahirannya juga. Beliau telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai ilmu Islam terutama dalam bidang pemikiran.Pemikirannya sebaris dengan tokoh reformis abad ini seperti Abduh, al-Afghani, Rashid Rida dan Shakib Arsalan. Sejak muda lagi, beliau mula bergiat dalam bidang dakwah. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sukar diganti malahan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu aspek yang sering disuarakannya ialah proses pembaratan di dunia Islam ( westernisasi) dan materialisme yang merupakan “agama” di Barat.

Memahami Sirah Melengkapkan Kefahaman Islam

Mohd Rumaizuddin Ghazali

Dalam konteks memahami Islam, sejarah adalah merupakan suatu yang sangat penting dipelajari. Apatah lagi mempelajari sejarah Rasulullah dan para sahabat atau dalam istilah khususnya disebut sebagai sirah. Dengan mempelajari sirah, kita dapat mengetahui bagaimana cara dan bentuk penyampaian yang dilakukan oleh Rasulullah, peringkat yang dilalui oleh baginda untuk mencapai matlamat dakwah. Melalui sirah, seseorang pendidik akan dapat mengetahui cara dan kaedah terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Misalnya, bagi seorang jeneral tentera dia dapat mengetahui etika peperangan, layanan yang diberi oleh baginda terhadap orang tawanan dan pesanan-pesanan Rasulullah kepada panglima perang.

Pendek kata, semua golongan masyarakat daripada petani sehinggalah kepada ketua negara perlu mempelajari sirah untuk meningkatkan lagi personaliti dan prestasi pekerjaan mereka masing-masing.

Muhammad Asad (Leopold Weiss)

Menelusuri sejarah hidup Muhammad Asad seorang Insan yang hidup dalam suasana Eropah dan barat. Beliau telah memeluk Islam dan akhirnya menjadi seorang pendakwah yang disegani dan wibawa. Berikut merupakan 2 rencana ringkas berhububung dengan beliau:

(a) Muhammad Asad(Leopold Weiss): Pendakwah dari Eropah [SUMBER: www.fosmil.org
(b) Muhammad Asad (1900 - 1992) - Leopold Weiss [SUMBER: www.salaam.co.uk]

Pendidikan Dan Dakwah Oleh Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari

Sambungan artikel 1..

Oleh: Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Teks Nahj al-Raghibin oleh Syaikh al-Banjari adalah satu karya yang mempunyai kepentingan yang amat tinggi dari segi panduan intelektuil dan spiritual yang diberi kepada rantau ini; ia perlu diberi perhatian yang serius melebihi setakat sebutan yang dibuat sekarang ini; ia menjadi “jambatan kememasan” antara Dunia Melayu dan kehidupan intelektuil dan rohani Sunninya dengan lautan warisan intelektuil dan rohani Islam yang baku zaman lampau. Dan ia teks yang mesejnya relevan sekarrang bukan hanya relevan dalam beberapa abad dahulu sahaja.

Hanya kita perlu mencari kunci-kunci baharu untuk mempertahankan “world-view” yang dikemukakannya serta epistemologi itu demi untuk pendidikan dan dakwah kita, yang ia menjadi “substance”nya. Kita masih memerlukan syaikh kita ini sekarang dan seterusnya; dia bukan hanya sejarah, tetapi panduan yang berterusan.

Penubuhan Pusat-Pusat Pengajian Pada Zaman al-Mawardi [Siri 3]

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden

Pada masa ini penubuhan pusat-pusat pengajian ilmu semakin pesat di seluruh kota-kota Islam seperti Baghdad, Basrah dan Kaherah. Berkembangnya Muassasah, perpustakaan, masjid dan sekolah. Dalam sejarah pendidikan Islam, bahawa masjid merupakan tempat yang paling penting di mana kelas pengajian dan halaqah ilmu diadakan. Kesan dari sinilah timbulnya pengajian ilmu di seluruh negara Islam dan juga terbinanya sekolah-sekolah dan kuttab.1

a) Muassasah :

Antara tempat pendidikan pada masa ini ialah terdapat muasasah bagi melatih anak-anak tempatan bagi setiap umur dan peringkat. Muasasah ini terus berkembang dengan pesat dan tersusun pada zaman al-Mawardi dari zaman yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu sangat menitikberatkan tentang pendidikan anak-anak sejak kecil lagi.
Subscribe to this RSS feed