Jejak Ulamak

Jejak Ulamak

Muhammad Imarah (1931- kini): Pemikir Islam Yang Unggul Dari Mesir

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM

Biografi Ringkas

Beliau dilahirkan di perkampungan Sarwah, daerah Qalin, Negeri Kafar Syeikh, Mesir pada 27 Rejab 1350H bersamaan 8 Disember 1931 dalam keluarga yang sederhana. Keluarganya bekerja sebagai petani dan kuat beragama. Menurut Muhammad ‘Imarah, bapanya seorang yang buta huruf tetapi seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama.
 
Bapanya telah menghantar beliau ke kuttab tetapi kerana pembelajaran di sana susah dan takut dipukul maka beliau menjadi petani. Namun bapanya inginkan juga beliau belajar dan bapanya menjadikan pekerjaan petani itu lebih susah dari belajar lalu beliau kembali ke kuttab dan menghafaz al-Quran dalam usia yang masih muda.

Pemikiran Abu Hassan Ali al-Nadwi (1914-1999M) : Satu Tinjaun Ringkas

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM'

Hubungan saya dengan al-Nadwi tidaklah seakrab hubungan Ahmad Fahmi Zam Zam, Mohamad Baderuddin Ahmad atau Allahyarham Mohd Ali Rejab. Mereka adalah anak murid yang telah belajar secara langsung dengan al-Nadwi. Malah al-Nadwi mengenali mereka dengan dekat. Saya hanya mengenali al-Nadwi melalui buku-bukunya dan hanya pernah mendengar ceramahnya ketika al-Nadwi datang ke Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah pada tahun 1987. Ketika itu, saya masih di bangku sekolah Maktab Mahmud.

Pemikiran Abu Hassan Ali al-Nadwi (1914-1999M) : Satu Tinjaun Ringkas

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM'

Hubungan saya dengan al-Nadwi tidaklah seakrab hubungan Ahmad Fahmi Zam Zam, Mohamad Baderuddin Ahmad atau Allahyarham Mohd Ali Rejab. Mereka adalah anak murid yang telah belajar secara langsung dengan al-Nadwi. Malah al-Nadwi mengenali mereka dengan dekat. Saya hanya mengenali al-Nadwi melalui buku-bukunya dan hanya pernah mendengar ceramahnya ketika al-Nadwi datang ke Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah pada tahun 1987. Ketika itu, saya masih di bangku sekolah Maktab Mahmud.

Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya'rawi (1911-1998M) : Tokoh Tafsir Mesir abad 21

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM

Saya menulis sejarah hidup Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai sebagai satu penghormatan kepada guru saya ini yang banyak memberi kesan dalam kehidupan semasa saya menuntut di al-Azhar. Antara guru yang memberi kesan kepada diri saya antaranya ialah Syeikh Ismail al-Adawi, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Mustafa dan Syeikh Muhammad al-Mutawalli. Setiap minggu saya membeli buku tafsirnya yang dikeluarkan pada masa itu seminggu sekali oleh Akhbar al-Yawm di Mesir. Di samping itu, kami mengikuti kuliah-kuliah tafsir yang disiarkan oleh TV dan radio di negara Mesir ketika itu. Menurut Dato’ Abdul Hamid Othman, Mantan Menteri di Jabatan Menteri Perdana Menteri Malaysia, bahawa jika beliau datang ke Mesir maka beliau tidak akan melepaskan peluang membeli buku-buku Syeikh Mutawalli al-Syarawi dan kaset kuliah-kuliah tafsir untuk dipelajarinya kerana tafsirnya bersifat semasa dan memberi kesan kepada jiwa.

Dr Yusuf Musa (1899-1963m): Ulamak Reformis Dan Ahli Falsafah Al-Azhar

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang beragama. Bapanya pernah belajar di al-Azhar dan ibunya seorang hafizah. Mereka terdiri daripada keluarga ulamak seperti Syeikh Husain Wali seorang ulamak al-Azhar dan Setiausaha Majlis Tertinggi al-Azhar, Dr. Hamid Wali belajar di al-Azhar dan Darul Ulum kemudian berhijrah ke Berlin dan menjadi guru bahasa di sana.

Beliau dilahirkan pada Jun 1899 dan bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia satu tahun dan beliau dipelihara oleh ibunya dan keluarga bapanya. Beliau menghafaz al-Quran sejak kecil lagi dan apabila tamat menghafaz al-Quran, beliau belajar di al-Azhar pada tahun 1913 dan beliau terkenal dengan pelajar yang gigih dan tekun dan sentiasa tidak membuang masa kecuali di isi dengan membaca." "

Pada tahun 1925 beliau memperolehi B.A dengan jaya dan menjadi guru di Zaqaziq. Beliau mengajar di situ selama 3 tahun. Apabila Syeikh al-Mara'iyy (m. 1945) menjadi Syeikh al-Azhar pada tahun 1928 beliau telah meminta semua tenaga al-Azhar membuat pemeriksaan perubatan dan Dr. Yusuf gagal dalam pemeriksaan tersebut akibat matanya yang rabun dan beliau dilucutkan jawatan guru.

Mustafa al-Siba'iyy (1915-1964M): Tokoh Nadhah Syria Yang Gigih

Mohd Rumaizuddin GhazaliTimbalan Presiden ABIM

Mustafa al-Siba'iyy merupakan sorang ulamak dan tokoh nadhah yang terkenal dalam abad ini. Beliau dilahirkan di Bandar Homs pada tahun 1334H/1915M dalam keluarga yang mulia. Beliau memulakan pengajian dan menengah di Homs pada tahun 1930 dan seorang yang bijak sejak kecil lagi. Beliau mendapat didikan dari ayahnya yang juga sebagai seorang ulamak dan khatib yang terkenal di Homs.
 
Sejak kecil lagi, beliau terdedah dengan ulamak yang datang ke rumah bapanya atau mengikuti bapanya menghadiri majlis-majlis ilmu, Dalam usia 16 tahun, beliau pernah ditangkap dan dipenjara kerana melawan penjajah dan mengedarkan risalah anti penjajahan pada tahun 1931. Pada tatun 1932, beliau sekali lagi dipenjara selama 6 bulan atas tuduhan kritikan semasa berkhutbah di masjid di Homs
Subscribe to this RSS feed