Jejak Ulamak

Jejak Ulamak

Khairuddin al-Zirkili (1893-1976M): Pengarang Kitab al-'Alam

Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.

Umat telah melakukan penganiayaan kepada Khairuddin al-Zirkili semasa kematiannya. Tidak ada satu tulisan yang meratapi kematian. Tidak ada berita kematiann kecuali peranggan yang kecil dalam akhbar al-Ahram. Manakala akhbar-akhbar lain di Beirut atau Damsyiq tidak langsung menyiarkan seolah-olah dia tidak pernah memberi sumbangan kepada dunia ilmu. Beliau merupakan pensyair dan pengarang kepada buku ensiklopedia biografi tokoh-tokoh yang dikenali sebagai al-‘Alam. Buku ini menjadi rujukan kepada pengkaji dan penuntut ilmu.

Nama sebenarnya ialah Khairuddin bin Mahmud bin Muhamamd Ali bin Faris al-Zirkili al-Dimasyqi. Beliau warga negara Arab Saudi dan meninggal di Mesir. Beliau berketurunan Kurdi. Namun Khairuddin mengatakan bahawa ibunya berbangsa Arab manakala bapanya berbangsa Kurdi. Pada zaman Salahuddin al-Ayyubi, sebahagian daripada mereka tingga di Salahiah,  Damsyiq iaitu perkampungan orang-orang kurdi.

Ali Tantawi 1909-1999M : Tokoh Fiqah dan Sasterawan dari Syria

Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali

Gelaran Tantawi kerana keluarga Ali Tantawi berasal dari Tanta, satu daerah di Mesir. Datuk Ali Tantawi berhijrah ke syam kerana mengiringi bapa saudara seorang ulama al-Azhar. Bapa saudara tersebut bernama Muhammad bin Mustafa. Datuknya bernama Ahmad bin Ali bin Mustafa yang berkahwin dengan anak bapa saudara (Muhammad bin Mustafa) dan tinggal bersama dan kemudian berpindah ke perkampungan Uqaibah, berdekatan dengan masjid Taubat, Damsyiq.

Sementara bapanya bernama Mustafa al-Tantawi seorang ulama, pengetua di sekolah al-Tijarah dan pernah memegang setiausaha fatwa pada zaman Mufti Abu Khair Abidin di Damsyiq. Beliau meninggal dunia pada tahun 1925 ketika Ali Tantawi berusia 16 tahun. Keluarga ibunya juga merupakan keluarga yang mencintai ilmu. Bapa saudara sebelah ibu iaitu Mahbuddin al-Khatib merupakan pengasas  akhbar al-Fatah  dan al-Zahra’.

Ali Tantawi dilahirkan pada pagi Jumaat 23 Jamadil awwal 1327H  bersamaan 11 Jun 1909M. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di perkampungan Uqaibah, Damsyiq tetapi sangat mencintai ilmu

Ali Tantawi mendapat pendidikan dari dua sistem iaitu sistem talaqqi dari syeikh-syeikh dan  sistem moden dari peringkat menengah sehingga universiti. Beliau belajar di peringkat rendah di seolah al-Tijarah sehingga tahun 1918, kemudian di sekolah al-Sultaniah, sekolah Jaqamqiyah dan sekolah al-Hukumiah pada tahun 1923. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Anbar selama enam tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke Dar Ulum, Mesir pada tahun 1928.

Mustafa al-Zarqa (1907-1999M) : Tokoh Fiqh Muamalat dan Undang-Undang

Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M. Sebahagian pengkaji menyatakan kelahirannya pada 1904M. Sebenarnya beliau dilahirkan pada 1907M sepertimana yang dinyatakan olehnya sendiri. Perkara ini disebabkan semasa memasuki peringkat menengah dan untuk melayakkan memasuki peperiksaan untuk B.A mesti telah mencapai usia 23 tahun. Maka ditukar secara rasmi kepada tahun 1904M.

Bapanya ialah Syeikh Ahmad bin Muhamad al-Zarqa, pengarang syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Bapanya dilahirkan 1868M dan meninggal pada 1938M. Beliau merupakan ulamak fiqh hanbali  dan mengajar di Sekolah Khusrawiyyah dan beberapa masjid di Halab. Anaknya Mustafa sentiasa mengiringi bapanya semasa mengajar di  Sekolah Khasuwiriyyah dan di masjid al-Umawi di Halab belajar fiqh dan hadith setiap minggu dan beberapa masjid yang lain." "

Datuknya Syeikh Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-Zarqa merupakan juga seorang ulamak yang masyhur di Halab malah di Syria. Beliau dilahirkan pada 1832M dan meninggal pada tahun 1925M. Pernah memegang jawatan hakim dan institut fatwa dan dipanggil oleh Syeikh Islam di Istanbul untuk menolongnya dalam bidang fatwa namun beliau pulang ke Halab selepas itu.

Ahmad 'Izzuddin al-Bayanuni (1913-1975M) : Tokoh Pendakwah dari Halab, Syria

Dalam bab iman, beliau menjelaskan kesan maksiat dalam iman dan menunjukkan kelemahan iman. Mereka mninggalkan kewajipan dan melakukan perkara-perkara haram dan orang ramai tidak melakukan tugas menyuru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Perkara ini menyebabkan lemah iman dan berlaku fitnah dan hawa nafsu berleluasa, mengingkari Tuhan dan pembalasan hari akhirat. Menurutnya, berapa ramai orang Islam yang namanya nama Islam tetapi mengamalkan amalan orang kufur dan ateis. Oleh itu, masyarakat  manusia memerlukan dakwah kepada iman dan memerlukan pendakwah yang ikhlas keimanan kepada Tuhan.
" "Nama sebenar beliau ialah Ahmad al-Siyad bin Isa bin Hassan bin Bakri bin Ahmad al-Bayanuni al-Halabi.dan diberi gelaran ‘Izzuddin dan Abu Ali. Dilahirkan di bandar Halab, Syria pada tahun 1913M. Disinilah beliau dibesarkan, mendapat pendidikan, dan menjadi ulamak sehinggalah beliau meninggal dunia pada taun 1975M. Bapanya Syeikh Isa seorang ulamak yang dilahirkan di perkampungan Bayunun lima belas kilometer ke Utara  Halab. Keluarganya adalah keluarga yang kuat agama dan cintakan ilmu. (Abdul Majid al-Bayanuni,2006.hal. 12)

Muhammad Badaruddin al-Hasani (1850-1935M): Pembina Madrasah Hadith dan Penghulu ulamak Zaman Moden

Muhammad Badaruddin hidup pada pertengahan kurun ke-19 dan pada permulaan kurun ke-20. Masa tersebut merupakan masa yang sukar bagi dunia Arab Islam secara keseluruhan dan negeri Syam khususnya dari sudut politik. Kerajaan Uthmaniah yang memerintah sejak kurun 15M dan menguasai banyak negara di Asia, Afrika dan Syam telah diperintah sejak tahun 1516M/922H mulai lemah  pada kurun ke 18. Pada akhir kurun ke 19, kebanyakkan negara yang dikuasainya telah jatuh ke tangan penjajah dan tidak tinggal kecuali beberapa buah negara di Asia Kecil dan Syam. Yahudi mula bergerak untuk menguasai Palestin untuk dijadikan negara mereka. Pada masa ini, negeri Syam diperintah oleh gabenor yang dilantik oleh kerajaan Uthmaniah dan pentadbiran mereka amatlah tidak memuaskan dan mereka mendapat jawatan tersebut dengan rasuah dan mengenakan cukai tinggi ke atas rakyat. Pada masa zaman Muhamad Badaruddin terlalu ramai gabenor yang dilantik dan bersilih ganti. Antanya Khursid Basha pada tahun 1859, Ahmad Basha pada tahun yang sama, Fuad Basha 1861M, Medhat Basha pada tahun 1880M.   (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 10). " "Apabila tamat perang dunia pertama, tentera bersekutu telah mengalahkan kerajaan Uthmaniah dan Syam serta Lebnon telah dijajah oleh Perancis.

Said Hawwa (1935-1989M) : Tokoh Gerakan Islam Syria yang Gigih

Said Hawwa seorang yang banyak membaca sejak kecil dan mampu memahami pembacaan tersebut dengan baik. Beliau membaca kesemua ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam terutama ilmu akidah, fekah, Usul Fiqh , tafsir, sirah dan lain-lain. Seorang rakan memberitahu bahawa Said Hawwa dalam penjara apabila ia memegang buku setebal 500 muka surat, maka beliau tidak akan tidur sehingga selesai membacanya. Begitulah keadaan sehariannya. Nama sebenarnya ialah Said bin Muhammad bin Hawwa. Hawwa ialah nama keturunan yang diwarisi dari sebelah bapanya.Beliau dilahirkan pada 27 September 1935 di Hamah, Syria. Keturunannya bersambung dengan Rasulullah dan ia dinasabkan kepada kabilah al-Naim yang merupakan salah satu keturunan Rasulullah. Ketika berusia dua tahun, ibunya telah meninggal dunia. Ibunya bernama Arabiyyah al-Tais dan bapa Muhamad Dib Hawwa  seorang aktivis politik yang menentang penjajah Perancis dan dipenjara pada tahun 1939 kerana tuduhan membunuh. Kehidupannya pada awal kanak-kanak amat susah dan miskin dan pernah diusir dari sekolah kerana tidak mampu membeli pakaian rasmi sekolah. Semasa ketiadaan bapanya kerana dipenjara, beliau dipelihara oleh bapa saudara dan datuknya." "Said Hawwa memulakan pengajian ketika berusia tujuh tahun dan pada masa itu bapanya masih berada dalam penjara. Apabila bapanya dibebaskan, beliau berhenti sekolah kerana menolong bapa berniaga di pasar. Apabila pendapatan keluarga semakin bertambah bapanya telah menghantar Said Hawwa mengikuti kelas malam bagi memperolehi sijil rendah kebangsaan. Sementara pengajian al-Quran telah bermula sejak berusia lima tahun. ( Said Hawwa, 1987: 7-9)

Subscribe to this RSS feed