Fiqh Ad-Dakwah

Dinamika Siyasah Shariyyah dan Kefahamannya di Kalangan Umat Islam di Malaysia

Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali
Pensyarah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Siyasah Shariyyah

Siyasah shar’iyyah merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan tentang pentadbiran dan urusan kenegaraan. Dengan pengertian umum ia samalah dengan istilah al-Ahkam al-Sultaniyyah yang digunakan oleh ulamak pada kurun keempat seperti yang dipakai oleh al-Mawardi dan al-Farra’. Terdapat istilah lain yang digunakn oleh ulamak bagi menunjukkan tentang urusan politik dan kenegaraan seperti istilah Nizam al-Hukm, Nizam al-Siyasi dan Fiqh al-Daulah.Para ulamak telah membincangkan teori kenegaraan dan politik dengan menggunakn istilah yang berbeza. Walaupun berbeza istilah tetapi ia membawa maksud yang sama iaitu membincangkan tentang pemikiran, pengurusan, struktur politik dan pentadbiran negara Islam.
 
Prinsip siyasah shar’iyyah merupakan suatu pendekatan yang digunakan oleh para fuqaha dalam memelihara maslahah ummah apabila ia bertcmbung dengan masalah-masalah baru yang ditimbulkan. ‘Siyasah’ dalam bahasa Arab bererti melakukan kebaikan untuk sesuatu dan kemudian dikembangkan menjadi satu peraturan bagi menjaga tata susila, kepentingan umum dan sistem hidup Ia juga membawa erti mentadbir urusan sesuatu golongan berkaitan dengan pemerintahan. Para ulamak membahagikan siyasah kepada dua bahagian iaitu:

i. Siyasah yang adil yang sebahagian dan hukum syarak.

ii. Siyasah yang zalim yang diharamkan oleh syarak.

Mengikut sahibul al-Bahr al-Ra’iq menyebutkan bahawa siyasah shar’iyyah itu ialah sebarang langkah yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan rakyat yang dirasakannya baik walaupun tidak berdasarkan kepada sesuatu nas secara tertentu. Para fuqaha mahu istilah ini digunakan hanya dalam bentuk pemerintah bagi kepentingan umum rakyat selagi tidak bertentangan dengan prinsip agama manakala ulamak bukan fuqaha (ulamak bahasa) menggunakan istilah ini lebih umum yang meliputi kepada kepentingan rakyat bcrtetapan dengan syarak.

Abdul Wahab Khallaf menyebut ilmu siyasah shar’iyyah itu ialah ilmu yang membahaskan tentang sistem undang-undang dan pentadbiran pemerintahan negara Islam yang bertetapan dengan dasar Islam walaupun tidak ada dalil yang khusus mengenainya. Ilmu ini menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk penyelarasan pentadbiran undang-undang yang diambil oleh ketua negara bagi memenuhi keadilan dan kepentingan umum. Beliau mengatakan siyasah shar’iyyah sebenarnya ialah menggunakan masalih al-Mursalah dalam menentukan hukum kerana masalih al-mursalah ialah sesuatu yang tidak diterima atau ditolak oleh mana-mana dalil dengan secara khusus sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulamak usul fiqh.

Dari pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa siyasah shar’iyyah sebenarnya ialah mengamalkan masalih al-mursalah iaitu mengambil sesuatu langkah berasaskan maslahah tanpa terikat dengan tatacara yang biasa diamalkan oleh para fuqaha dan mujtahidin dalam mengeluarkan hukum. Satu-satunya syarat yang perlu dipatuhi dalam mengambil pendekatan maslahah ialah ia tidak bertentangan dengan nas dan ijmak.

Abdul Wahab Khallaf memberi definisi siyasah shar’iyyah sebagai mengatur pentadbiran awam dalam pemerintahan bagi memenuhi kemaslahatan (kebaikan) dan menolak kemudaratan selagi mana tidak melampaui batasan shariat dan prinsip umum. Walaupun tidak selaras dengan pandangan para imam mujtahidin. Dengan lain ungkapan ialah mengikut jejak langkah ulamak salaf dalam menjaga kemaslahatan dan perkembagan semua peristiwa. Yang dimaksudkan mengatur urusan umum dalam pemerintahan ialah sesuatu yang berupa tuntutan kehidupan dari segi peraturan, sama ada dari segi undang-undang kewangan, hukum, kehakiman, lembaga eksekutif, hubungan dalam negeri atau hubungan antarabangsa. Oleh itu, mengatur semua urusan tersebut, teori dan dasar-dasarnya serta membuat peraturan-peraturan yang sesuai dengan prinsip shariat dinamakan siyasah shar’iyyah.

Menurut Dr. Fathi Uthman dalam bukunya Min Usul al-Fikr al Siyasi al-Islami mengatakan bahawa ijtihad dalam bidang politik dinamakan sehagai siyasah shar’iyyah. Beliau mentakrifkan siyasah shar’iyyah dalam bahasa ringkasnya ialah ijtihad fi umur al-Siyasi aw fi Nizam al-Daulah (Berijtihad dalam bidang politik atau dalam sitem kenegaraan). Beliau menegaskan bahawa sumber-sumber peraturan dan hukum pemerintahan Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Terdapat ayat-ayat dan hadith Rasulullah yang menghuraikan tentang peraturan dan manhaj negara Islam. Sementara perkara-perkara yang baru atau yang tidak ada dalil yang khusus tentang sesuatu masalah maka para fuqaha perlu membuat ijtihad yang dinamakan sebagai siyasah shar’iyyah jika permasalahan itu dalam konteks politik dan pemerintahan.Selanjutnya beliau berkata, secara tabienya ijtihad berkenaan akan berbeza-beza mengikut perbezaan penilaian, hasil perbezaan berfikiran antara individu dalam keadaan dan zaman yang berbeza. Dalam buku ‘11am al-Mawaqi’in An Rabbil ‘Alamin, Ibn Qaiyim telah mengemukakan kaedah fiqh yang penting dalam perubahan dan perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman, tempat keadaan, niat dan faedah. Beliau menjelaskan bagaimana kesilapan besar telah berlaku terhadap shariat kerana kejahilan terhadap kaedah berkenaan, penegasan yang sama juga dibuat oleh Imam Syatibi dalam buku al-Muwafaqat. Para fuqaha menamakan ijtihad dalam menangani persoalan-persoalan baru bagi negara Islam sebagai siyasah shar’iyyah.

Abd Rahman Taj menyebutkan siyasah ialah satu nama bagi peraturan yang mentadbir hal-hal umat dari segi pemerintah, perundangan, kehakiman, kekuasaan, pelaksanaan dan hubungan antabangsa, Menurutnya lagi, setiap umat mempunyai sistem politik yang khusus yang menepati sausana kehidupan ketika itu yang terdiri daripada siyasah dasturiyyah (politik perlembagaan) siyasah tasri’iyyah (politik perundangan), siyasah qada’iyyah (politik kehakiman) siyasah maliyyah ( politik kewangan), siyasah kharijiyyah (politik antarabangsa), siyasah idariyyah (politik pentadbiran) dan sebagainya. Setiap sistem tersebut mempunyai hukum-hukum serta peraturan yang tersendiri yang dinamakan siyasah shar’iyyah jika kita mengambil makna perkatan ini dari maksud yang lebih luas. Sementara makna khususnya ialah peraturan untuk mentadbir negara dan urusan umat yang selaras dengan nilai-nilai shariat, bertetapan dengan perkara dan urusan usul-usul asas, menepati matlamat kemasyarakatan walaupun tidak ada dalil yang khusus dalam al-Quran dan al-sunnah,

Beliau menjelaskan perbezaan natara siyasah al-wadha’iyyah dengan siyasah shar’iyyah. Siyasah al-wadha’iyyah (politik ciptaan manusia) ialah peraturan dan hukum yang diasaskan oleh orang ramai bagi mentadbir hal-hal umat yang bersandarkan uruf, adat, pengalaman dan peningalan warisan silam. Dengan kata lain, siyasah yang hanya bersandarkan kepada uruf dan adat tanpa berkait dengan wahyu dan al-Sunnah sebagai sumbernya. Menurut Abd Rahman Taj bahawa siyasah shar’iyyah adalah siyasah yang adil dan ia diasaskan atas keyakinan iman bahawa sumber utamanya adalah wahyu dan al-Sunnah. Oleh itu, peraturan dan hukum yang dikehendaki oleh umat dikira siyasah shar’iyyah apabila ia menepati dua perkara iaitu:

i. Bertetapan dengan nilai serta etika syariah yang bersandarkan kaedah dan asasanya seperti kaedah muhkamat bukan hukum-hukum yang tetap yang tidak menerima perubahan, walaupun berbeza umat dan zaman.

ii. Tidak bertentangan secara jelas dengan dalil-dalil shariat yang jelas seperti yang telah ditetapkan kepada orang ramai sepanjang zaman dan keadaan.

Seterusnya beliau menyebutkan bahawa siyasah shar’iyyah merupakan kaedah fiqh yang berubah-ubah mengikut keadaan, masa dan persekitaran. Ia adalah pola-pola yang berubah-ubah kerana faktor persekitaran. Beliau menggunakan istilah fiqh al-Maran atau fiqh al-Mutaharrik iaitu fiqh yang mengikut perjalanan semasa (fiqh fleksibel) bagi memenuhi keperluan yang baru dan yang berbagai-bagai kerana faktor perkembangan masyarakat dan individu.

Dari huraian di atas, beliau membahagikan siyasah kepada dua bahagian iaitu siyasah wadha’iyyah dan siyasah shar’iyyah. Siyasah shar’iyyah pula boleh berubah-ubah kerana faktor persekitaran selagimana ia tidak bercanggah dengan nas yang tetap. Walaupun begitu, bukanlah maksud di sini, setiap muslim boleh menukar hukum-hukum shariat dengan mendatangkan shariat yang lain, bukan shariat dari Allah dan rasulNya kerana di sana terdapat hukum-hukum zanni (hukum-hukum yang kurang jelas) yang tidak terdapat nas yang tetap dan tidak ada ijmak yang membolehkan para ulamak membuat keputusan dengan qarinah seperti yang ditetapkan oleh shariat. Hukum-hukum tersebut adalah hukum yang boleh berubah-ubah kerana faktor yang dinyatakan oleh ulamak fiqh dalam kitab-kitab mereka, malahan ada pendapat yang mengharuskannya bertentangan dengan nas yang tetap bersandarkan maslahah khas dan maslahah darurat. (maslahah al-daruri).

Muhammad Hashim Kamali memberi definisi siyasah shar’iyyah iaitu, A broad doctrine of Islamic law which the ruler to determine the manner in which the shari’ah should be administered. The ruler may accrodingly take discretionary measures, enact rules and initiate policies
as he deems are in the interest of good goverment, provided that no substantive principle of the shari’ah is violated the thereby”. (suatu doktrin yang luas dari perundangan Islam yang memberi kuasa kepada pemerintah untuk menentukan bagaimana caranya syariat harus dijalankan. Sesuai dengan itu pemerintah boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang dirasakan memenuhi kepentingan pentadbiran yang baik, asalkan ia tidak melanggar mana-mana prinsip syariat.)

Ibn Qaiyirn mengambil definisi yang telah diungkapkan oleh Abu Wafa’ bin Aqil dengan menyatakan: “Sebarang langkah pada hakikatnya membawa manusia ke arah kebaikan dan menjauhi mereka dan keburukan walaupun tidak pernah dilakukan oleh Rasul dan tidak diturunkan wahyu mengenainya”. (Any measure which actually brings the people closest to beneficence (Salah) and furthest away from corruption (Fasad) partakes in just siyasah even if itu has not been approved bu the Prophet (s. a.w) nor regulated by Divine revelation)”.

Sebenarnya dinamika siyasah shar’iyyah ini tidak ada halagan dari syarak selagimana ia berasaskan kemaslahatan dan menolak kemudaratan selama ia tidak terkeluar dari landasan syarak dan kaedah-kaedah umum. Malahan siyasah shar’iyyah didukung serta dikuatkan lagi dengan kaedah syarak seperti yang dinyatakan oleh imam al-Qarafi yang dinaqalkan oleh Alauddin dalam kitabnya Mu’in al-Hukam iaitu :

i. Sesungguhnya banyak kerosakan telah berlaku secara berleluasa. Ini bebeza dengan zaman awal Islam. Keadaan ini memerlukan perubahan hukum selagi tidak terkeluar dari tujuan syarak berdasarkan hadith Rasulullh s.a.w. yang bermaksud : “ tidak boleh berbuat mudarat dan tidak ada kemudaratan.” Sedangkan meninggalkan peraturan ini akan mendatangkan kemudaratan dan ini dikuatkan lagi dengan nas dalam menghilangkan kesulitan.

ii. Sesungguhnya maslahah al-Mursalah, menurut ulamak bahawa asas kemaslahatan yang tidak disebut Allah dalam al-Quran, telah menguatkan posisi masalih al-Mursalah, sebab para sahabat pernah melakukan peristiwa –peristiwa tertentu demi kemaslahatan seperti penulisan mushaf al-Quran.

iii. Sesungguhnya hukum Islam mengutamakan kesaksian lebih daripada riwayat. Dalam kesaksian disyaratkan bilangan orang dan meredeka. Saksi dalam perzinaan mesti ada empat dan pembunuhan ada dua orang saksi. Perbandingan dan perbedaan ini banyak terjadi dalamhukum Islam kerana faktor-faktor persekitaran dan zaman. Oleh kerana itu situasi dan kondisi harus diantipisipasi sehingga hubungan dengan masalah yang muncul dalam politik ini relevan dengan kaedah-kaedah yang popular.

Secara keseluruhannya para ulamak memberi pelbagai takrif tentng siyasah shar’iyyah. Walaupun begitu, mereka bersepakat bahawasiyasah shar’iyyah merupakan ijtihad dalam bidang politik untuk maslahah umat dan menolak kemudaratan walaupun ia tidak pernah disentuh atau selaras dengan pendapat imam mujtahidin. Ia adalah ruang kuasa yang diberikan kepada pemerintah untuk mengambil sesuatu tindakan atau keputusan bagi kepentingan umum walaupun ia tidak ada dalil yang khusus mengenainya asalkan tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip syariat Islam. Ada juga yang berpendapat siyasah shar’iyyah adalah suatu kaedah yang jitu dan berguna boleh dipakai sepanjang zaman, tidak sempit dan kaku malah siyasah shar’iyyah ini adalah satu kaedah yang tercetus daripada perbuatan Rasulullah dan para sahabat. Antara kaedah yang digunakan dalam konteks siyasah shar’iyyah ialah “ sesuatu yakin tidak terangkat atau terhapus dengan syak”, “ada perkara yang boleh dilakukan oleh seorang individu tetapi tidak boleh dilakukan oleh jemaah” dan Sadd al-Zara’i (menutup pintu keburukan).

Dengan kata lain, siyasah shar’iyyah adalah satu aplikasi syariah dalam sistem politik Islam dengan tujuan untuk memenuhi kepentingan warga negara, mengelakkan keburukan yang berlaku, mewujudkan masyarakat yang harmonis dengan prinsip-prinsip umum syariah sekalipun kadangkala bertentangan dengan pandangan mujtahid. Siyasah Shar’iyyah ialah siyasah yang adil bertujuan mengelakkan kerosakan, kesukaran, kesusahn dan kezaliman dan dalam masa yang sama mendapatkan manfaat dan faedah, menjaga kepentingan umum rakyat di dalam pentadbiran dan pengurusan negara dan ummah. Sesungguhnya faham siyasah shar’iyyah sentiasa terikat dengan prinsip syariah yang berpaksi kepada prinsip thawabit (tetap) dan mutaghayyir (berubah-ubah).

Adakah Siyasah Shar’iyyah Bertentangan Dengan syariat.

Terdapat kekeliruan salah faham yang mungkin timbul dari kata-kata : “ tidak ada siyasah kecuali yang menepati syarak”. Perkara ini telah dijawab oleh Ibn Uqail yang dinaqalkan oleh Ibn Qaiyim dengan menyebutkan bahawa sekiranya kata-kata tersebut bermaksud siyasah itu mestilah tidak menyalahi perkara-perkara yang ditentukan oleh syarak sememangnya benar dan tepat. Kalau ia bermaksud tidak ada siyasah kecuali berdasarkan syarak maka itu adalah satu kekeliruan dan pandangan yang mengelirukan terhadap para sahabat. Ini kerana para sahabat sendiri pernah membuat keputusan berdasarkan kemaslahatan umum walaupun tidak ada nas secara khusus yang menyokongnya.

Sikap Kaum Muslimin Terhadap Dinamika Siyasah Shar’iyyah

Berbagai-bagai sikap dan pandangan kaum muslimin terhadap dinamika siyasah shar’iyyah ini. Perkara ini bukan sahaja timbul di zaman kini tetapi telah berlaku di zaman Ibn qaiyim sehingga beliau menjelaskan kedudukan siyasah shar’iyyah serta membahagikan kepada dua iaitu siyasah yang adil yang disfatkan sebagai siyasah shar’iyyah dan kedua siyasah yang zalim yang tidak shar’iyyah. Ibn Qaiyim menyebutkan bahawa perkara ini memang sukar dan mudah mengelirukan. Kerana itu ada yang berpandangan terlalu sempit sehingga menyebabkan terbengkalainya undang-undang dan peraturan. Mereka menyebabkan banyak hak yang hilang dan menjadikan orang jahat lebih berani melakukan kejahatan. Mereka menjadikan syariat tidak berdaya untuk menangani kepentingan umum manusia (masalihu ‘l-‘ibad) dan memerlukan peraturan yang lain. Mereka menutup jalan yang benar ke arah mengenali yang hak dan melaksanakannya sedangkan mereka tahu dengan jelas seperti mana orang lain juga bahawa ia adalah suatu kebenaran. Mereka mengkosongkan ilmunya dan mereka tidak mempunyai perpsepsi sesuai dengan realiti. Sebabnya kerana mereka sangka ia bertentangan dengan kaedah syarak.

Di satu pihak yang lain pula terdapat mereka yang terlalu longgar pendiriannya. Mereka menerima konsep ini (siyasah shar’iyyah) dan menjadikannya sebagai alas an untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah dan rasulNya.

Kedua-dua golongan ini sebenarnya lahir atas kegagalan mereka sendiri dalam mengenali syariat Allah. Sesungguhnya Allah mengutuskan para Rasul dan menurunkan Kitab-KitabNya dengan tujuan supaya berlaku adil di kalngan manusia iaitu adil yang menjadi nilai dan asas kepada tertegaknya bumi dan langit. Maka apabila ternyata tanda-tanda keadilan, baik dalm bentuk apa sekalipun maka itulah syariat Allah dan agamaNya. Sebab Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam menetapkan hukum menuju jalan keadilan.

Ibn Qaiyim memberi gambaran bahawa siyasah shar’iyyah ini memerlukan kepada lkefahaman yang mendalam dan tepat. Kekeliruan ini sudah berlaku pada zaman Ibn Qaiyim malahan lebih awal daripada itu. Kita tidak boleh menyempitkan fahaman ini dengan menutup jalan yang betul bagi mengenalinya kerana ada sesetengahnya menganggap prinsip ini bercanggah dengan syarak. Setengah golongan pula yang menerima prinsip ini dengan menjadikan alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Oleh kerana itu, kita tidak boleh menyempitkan atau melonggarkan faham siyasah shar’iyyah kecuali terlebih dahulu kita memahami dengan mendalam persoalan tersebut.

Perkara ini pernah disentuh oleh Muhammad Nur Manuty dalam ucapan dasar ABIM ke 22 dengan katanya : “ Sesungguhnya kita bermaksud hendak memudahkan prinsip tersebut semata-mata untuk menjadi golongan ‘opologetik’ dengan reality setempat. Bagaimana, kita janganlah pula menyempitkan faham siyasah shar’iyyah kerana ia senantiasa terikat dengan prinsip utama syariah Islam, iaitu merealisasikan kepentingan hamba-hambaNya (masalih ul-‘ibad) dan prinsip syariah juga mempunyai tujuan-tujuannya yang murni (maqasid al-shar’iyyah).”

Siyasah shar’iyyah merupakan rahmat dari syariat Islam itu sendiri. Melalui kaedah ini, ia dapat menjamin keadilan masyarakat. Kuasa dalam menentukan dasar kenegaraan bercirikan siyasah shar’iyyah tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Penggunaannya bukanlah untuk menjadikan kita meringankan serta melambatkan proses islamisasi tetapi ia juga merupakan kaedah pendekatan yang harus diambil oleh pemerintah dalam menjalankan pentadbiran. Muhammad Nur Manuty menjelaskan : “ sebagai sebuah negara majmuk dari segi ras, agama, agama, bahasa dan adat resam faham siyasah shar’iyyah itu amat relevan dengan usaha-usaha pemantapan Islam, yang sedang berlaku di negara ini. Menurut Mahmood Zuhdi Abd Majid bahawa siyasah shar’iyyah bukan satu rukhsah atau kelonggaran dalam membuat ketentuan hukum secara umumnya, tetapi sebaliknya suatu method dalam menjalankan pentadbiran negara. Tidak salah kalau diertikan sebagai suatu method pentadbiran negara yang liberal.

Buku-Buku tentang siyasah Shar’iyyah dan Contoh-contoh Pelaksanaannya Sepanjang zaman

Para ulamak silam telah mengarang mengenai siyasah shari’yyah seperti Ibn Taimiyah dalam bukunya al-Siyasah al-Shar’iyyah fi Islah Ra’i wa Ra’ iyah (siyasah Shar’iyyah dalam memperbaiki pemimpin dan rakyat) telah membicarakan mengenai kenegaraan dan segala yang berhubung dengannya. Ibn Qaiyim dalam bukunya Turuq al-Hukumiah Fi al-Siyasah al-Shar’iyyah (Jalan-Jalan Pemerintahan dalam siyasah shar’iyyah) juga mencrangkan aspek tersebut. Dr. Ahmad Fara’ dalam bukunya Sultoh al-Idariat wa al-Siyasah al-Shar’iyyah fi daulah al-Islamiah (Kekuasaan Pentadbiran dan Siyasah Shar’iyyah dalam Negara Islam) membahaskan mengenai sistem pentadbiran negara, perancangan bandar dan pengurusan ekonomi dalam negara Islam. Dr. Ghalib bin Abdul Kafi Kharshi telah menerangkan aspek-aspek serta tindakan yang diambil oleh Saidina Umar dalam sistem pentadbiran negaranya dengan berdasarkan siyasah shar’iyyah dalam tesis Ph.d. yang bertajuk Awwlawiyyat al-Faruq fi al-Idarat wa al-Qada’ (Keutamaan Umar al-Faruq dalam Pentadbiran dan Kehakiman) yang dikemukakan di Universiti Imam Muhammad di bawah pengelolaan Muhammad Khatan.

Dr. Muhammad Khir Haikal telah menulis di dalam tesis Ph.d. yang bertajuk al-Jihad wa al-Qital fi al-Siyasah al-Shar’iyyah (Jihad dan Pembunuhan dalam siyasah shar’iyyah) menghuraikan aspek-aspek peperangan dan ketenteraan dalam shariat Islam. Ibrahim Yahya Khalifah yang terkenal dengan nama Dadah Afendi mempunyai karangan yang berjudul al-Siyasah al-Shar’iyyah yang membicarakan tentang kehakiman, dakwa dan ta’zir, Wasiat fi adab al-Diniah wa al-Siyasah al-Shar’iyyah oleh Tahir al-Khaza’iy, Siyasah al-shar’iyyah oleh Muhammad al-Banna, al-Siyasah al-Shar’iyyah fi ‘Asr Awwal oleh Ali Khafif., Siyasah al-shar’iyyah oleh Syeikh Razaq al-Zalbani, seorang ulamak al-Azhar dan Ahkam al-Fiqh wa Ahkam al-Siyasah al-Shar’iyyah oleh Dr. Kamal bu Judah Abu Muti’i.


Sesiapa yang merasai keindahan shariat Islam dan merasai keseluruhannya merupakan kesempurnaan, ia menjamin kemaslahatan rakyat di dalam kehidupan mereka, ia didatangkan untuk membawa keadilan di kalangan makhluk dan tiada ada keadilan yang mengatasi keadilannya, tiada ada maslahah yang menjamin seperti maslahahnya. Perkara ini menunjukkan kepada kita bahawa politik yang adil adalah sebahagian darinya, cabang dan cabang--cabangnya. Sesiapa yang mengetahui maqasid (tujuan) serta kesesuaiannya dan memahaminya dengan baik maka ia tidak akan memilih siyasah yang lain darinya. Siyasah shar’iyyah merupakan rahmat dari shariat Islam itu sendiri. Di sinilah herkumpulnya pendapat-pendapat ulamak bagi memperbaiki serta mengubati penyakit masyarakat sehingga mereka merasai bahawa shariat Islam itu dapat mengeluarkan mereka dari kesempitan dan kesusahan.

Ijtihad Saidina ‘Uthman dengan mengadakan dua kali azan pada sembahyang Jumaat memandangkan bilangan masyarakat Islam ketika itu semakin ramai. Olch itu, menambah syiar azan adalah untuk kepentingan umum rakyat bagi memudahkan urusan mereka untuk pergi ke masjid. Saidina ‘Uthman juga mcnyuruh para sahabat mengumpul al-Qur’an dan membacanya dengan qiraat yang sama dengan tidak menafikan adanya qiraat yang lain tetapi memandangkan khuatir akan berlaku pepecahan serta fitnah apabila berselisihnya para penghafaz al-Quran di pelbagai negeri, maka ia melarang membacanya kecuali dengan qiraat yang satu dan serupa walaupun perkara ini asalnya adalah harus.

Kuasa pemerintah dalam menentukan dasar kenegaraan bercirikan siyasah shar’iyyah tidak bertentangan dengan kaedah syarak selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Penggunaan siyasah shar’iyyah ini bukanlah untuk menjadikan kita meringankan serta melambatkan proses Islamisasi tetapi ia juga merupakan kaedah pendekatan yang harus diambil oleh pihak pemerintah dalam melaksanakan hukum-hukum Islam. Siyasah shar’iyyah ini telah dipraktis oleh para Khulafa al--Rasyidin dalam urusan kenegaraan. Jika sesuatu hukum tidak ada dalam al-Qur’an dan Hadith, mereka benijtihad dengan mengikut keputusan yang telah ditetapkan yang pada pandangan mereka adalah untuk maslahah ummah dan membawa keadilan.

Dengan cara ijtihad ra’yi (ijtihad dari segi pendapat)ini maka hakikat siyasah shari’yyah dapat berkembang dan berubah-ubah seperti pendapat Abdul Rahinan Taj bahawa siyasah shar’iyyah sebagai prinsip yang boleh berubah--ubah kerana faktor persekitaran.

Ijtihad Saidina Abu Bakar ketika melantik Saidina Umar sebagai penggantinya tidak sama dengan ijtihad Umar dalam pemilihan penggantinya Saidina Uthrnan. Ijtihad mereka berdua ini pula tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kerana baginda tidak menamakan sesiapa yang menggantikannya. Prinsip siyasah shar’iyyah inilah merupakan pendekatan dalam sesebuah pemerintahan untuk melakukan penyesuaian polisi pentadbiran negara bagi memenuhi segala keperluan rakyat untuk membawa keadilan dan kemakmuran. Sesungguhnya faham siyasah shar’iyyah ini sentiasa terikat dengan prinsip shariat yang berpaksi kepada prinsip ‘thawabit’ (perkara yang tetap) dan ‘mutaghaygir’.(perkara yang berubah-ubah)

Dalam sebuah masyarakat yang membangun dan berkembang pesat, sudah tentu banyak isu serta persoalan yang perlu ditangani dengan segera. Oleh itu, melalui siyasah shar’iyyah merupakan satu kacdah yang dapat menyelesaikan persoalan terscbut melalui ijtihad ra’yi bagi mengatasi kekeliruan dan kekakuan dalam menentukan polisi dan jentera pentadbiran kerajaan. Siyasah shar’iyyah ini dapat berfungsi sepenuhnya apabila pemerintahan itu berdasarkan sistem Islam. Kita tidak bermaksud untuk menyempitkan fahaman ini dengan menutup jalan yang betul bagi mengenalinya kerana setengahnya menganggap prinsip ini bercanggah dengan syarak. Setengah golongan pula yang menerima prinsip ini dengan menjadikan ia sebagai alasan untuk melakukan scsuatu yang bertentangan dcngan Islam. Oleh itu, kita tidak boleh mempermudahkan serta menyempitkan faham siyasah shar’iyyah kecuali terlebih dahulu kita mengetahui dengan mendalam persoalan tersebut.


Takrif Maslahah,

Maslahah (kepentingan umum) ditakrifkan sebagai manfaat yang memang menjadi tujuan Tuhan Pencipta shariat untuk para hambanya, manfaat yang meliputi pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda menurut urutannya. Sementara masalih al-mursalah pula bermaksud segala manfaat yang tercakup dalam daerah tujuan-tujuan shariat yang tidak mempunyai dalil sama ada dalil yang mengiakan atau yang menindakkannya. Maslahah bermaksud kepentingan, kebaikan . kebajikan atau apa-apa yang mendatangkan faedah, lawan kepada fasad iaitu keburukan dan kejahatan.

Al-Ghazali menghuraikan maksud maslahah ialah mendapatkan manfaat dan menghindarkan kemudaratan dengan memelihara tujuan syarak yang lima iaitu menjg agama, diri, akal, keturunan dan harta. Sesuatu yang menjaga lima perkara ini dianggap sebagi maslahah dan sesuatu yang meninggalkan lima perkara ini dianggap sebagai keburukn. Konsep inilah yang menjadi pnduan dalam konteks hubungan manusia dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekelilingnya. Dari konsep ini lahirlah kaedah penting dalam usul fekah yang dinamakan sebagai al-Istislah atau masalih mursalih yang merupakan satu cabang dari teknik mengeluarkan hukum-hukum syarak yang tidak ada nas yang jelas dengan menggunakan rasional pemikiran berasaskan kepada maslahah.

Bagi golongan Syafi’i, mereka tidak menggunakan al-Istislah sebagai cara mengeluarkan hukum. Adapun begitu, ada juga yang menyatakan bahawa al-syafi’i berpegang kepada masalih mursalah walaupun atas nama qias dan sadd al-zara’i mengikut istilahnya seperti pendapat al-Ghazali dan al-Subki. Perkara ini dikuatkn lagi dengan pendapat Dr. Husain Hamid Hassan dalam risalah Ph.dnya yang bertajuk Nazariat al-Maslahah fi al-Fiqh al-Islami yang menyebutkan bukti-bukti pengambilan hukum secara qias dalam konteks masalih mursalah.

Abdul Wahab Khallaf dalam bukunya Masadir al-Tasri’i al-Islami telah meletakkan kaedah dan syarat maslahah dalam pembinaan hukum antaranya ialah pertama perkara tersebut semestinya kepentingan yang hakiki ( Maslahah haqiqiyah) bukan maslahah yang was-was. Kedua maslahah itu adalah umum dan bukan berbentuk peribadi. Ketiga maslahah itu tidak bertentangan dengan nas dan ijmak.

Oleh demikian, para fuqaha menyatakan bahawa matlamat syarak tidak lain dari maslahah. Di mana sahaj ada maslahah di sanalah Allah menempatkan syarak. Maslahah menjadi asas perhitungan ijtihad. Maslahah yang menjadi dasar perkiraan Abu Bakar dalm siyasah shar’iyyahnya menamakan Umar bin al-Khatab sebagai pengantinya.Maslahah jugalah yang menjadikan Umar al-Khatab untuk tidak menamakan sahabat tertentu sebagai pengantinya, sebaliknya menyerahkannya kepada majlis perundingan di kalangan enam orang para sahabat.Kedua-dua mereka telah sama-sama berijtihad dengan asas perkiraan yang sama iaitu maslahah. Ketetapan yang mereka ambil adalah jelas tidak sama di antara satu dengan yang lain malah tidak sama dengan yang dilakukan oleh Rasulullah. Perbuatan tersebut tidak bertentangan dengan syarak selagi ia bertujuan untuk menegakkan keadilan di kalangan rakyat dn memenuhi maslahah mereka.


Siyasah shari’yyah dalam Konteks Pelaksanaan Hukum

Al-Marudi dalam bukunya al-Funun menyebutkan bahawa pemerintah mempunyai budi bicara siyasah iaitu mengenakan ke atas rakyat undang-undang yang berat dan tidak terikat siyasah mengikut apa yang tertulis dalam perundangan syarak. Kata –kata ini bermaksud undang-undang kesiksaan yang dibuat oleh pemerintah yang bertujuan melenyap dan membenteras serta menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan, sekiranya diperlukan demi kebaikan dan kepentingan umat manusia atau mengawal masyarakat. Maka perlulah pemerintah berbuat demikian.Ini adalah supaya pemerintah dapat mengurus dan mentadbir umat dengan tenang dan mudah apabila telah dihapuskan gejala-gejala buruk dalam masyarakat. Tindakan pemerintah dengan menambah atau memberi peruntukan undang-undang kesiksaan daripada kadar yang sesuai bagi kesalahan, yang mana kesalahan itu tidak ditetapkan peruntukan hukuman tertentu oleh syarak. Sekiranya syarak telah menetapkan kadar kesiksaan, pemerintah boleh menambah kadarnya jika sesuai dengngan keperluan zaman dan tempat. Contohnya mengenakan hukuman bunuh terhadap perogol yang merogol dan membunuh. Di dalam kes lain, saidina Umar bin al-Khatab memberatkan hukuman ke atas mereka yang meniru cap rasmi negara dan dengan cap tiruan ini penjenayah terbabit dapat mengeluarkan harta dari baitulmal maka Umar mengenakan hukuman 300 kali sebat dalam masa 3 hari.

Siyasah shar’iyyah juga termasuk penguatkuasa undang-undang yang lebih berat dengan menambah peruntukan kesiksaan yang lain, kepada peruntukan yang telah ditetapkan oleh syarak. Ianya sama ada kesiksaan yang ditambah itu adalah sejenis dengan kesiksaan yang ditetapkan oleh syarak atau kesiksaan yang ditambah itu bukannya dari jenis kesiksaan yang ditetapkan seperti menambah hukuman buang negeri kepada penzina yang belum muhsan sesudah disebat. Maka hukuman buang negeri selepas disebat itu dikira sebagai siyasah shar’iyyah.

Perkara ini dibolehkan dan tidak dikira bercanggah dengan syarak selagi ia adalah bertujuan menolak kemudaratan dan kerosakan di kalangan umat.Penambahan peruntukan kesiksaan itu semata-mata disandarkan ke atas maslahah umum.Oleh kerana itu, memberatkan hukuman bukannya menafikan syariah atau keluar daripada syariah, malahan ianya adalah secucuk bagi tujuan syariat yang sentiasa melaungkan bagi membasmikan jenayah dan penjenayah dalam semua masyarakat manusia.

Tindakan saidina Umar bin al-Khatab di dalam kes tanh rampasan perang. Tanah tersebut tidak dikategorikan sebagai harta ghanimah sedangkan ayat 41, surah al-Anfal dengan jelas menyuruh sebahagian harta rampasan perang diberikan kepada tentera Islam. Alasan saidina Umar ialah jika tanah rampasan itu dibahagikan kepada tentera-tentera Islam, maka sedikit sahaja dari kalangan umat Islam yang mendapat faedah daripada pembahagian itu. Adalah lebih baik ianya tidak dibahagikan , bahkan dijadikan ia sebagai harta negara. Perkara ini juga dinyatakan oleh ulamak semasa Dr. Wahbah al-Zuhayli dengan menyebutkan harta rampasan perang sekarang adalah milik kerajaan kerana tentera-tentera Islam telah diberi gaji bulanan dan ganjaran-ganjaran yang lain. Keputusan ini diambil berdasarkan siyasah shar’iyyah walaupun pada zahirnya nampak bertentangan dengan zahir ayat tersebut.

Termasuk dalam siyasah shar’iyyah juga melarang perkara-perkara yang harus dengan ertikata pemerintah boleh menguatkuasa undang-undang melarang rakyatnya daripada melakukan perkara-perkara yang harus seperti tindakan saidina Umar bin al-Khatab melarang orang Islam berkahwin dengan perempuian ahli Kitab sebab ia boleh membawa fitnah terhadap perempuan-perempuan muslimat dan dikhuatiri perempuan-perempuan ahli Kitab adalah perempuan yang tidak baik.

Siyasah shar’iyyah dalam Konteks Masakini

Peranan umat Islam kini ialah menghapuskan kekaburan konsep dalam bidang falsafah dan organisasi politik. Mereka perlu merangka satu pembaharuan metodologi pcmikiran Islam selaras dengan kehendak hal ehwal umat Islam kini selagi tidak bcrcanggah dengan hasrat dan nilai asasi Islam. Kaum Muslimin patut sedar tentang rnasalah-masalah yang ditimbulkan olch perkembangan-perkembangan baru dalam pemikiran Muslim ...

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.