Bicara Haraki

Puasa Enam: Sunat Yang Digalakkan

Puasa Enam ialah puasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan mulai hari kedua (2 Syawal) hingga akhir bulan berkenaan. Rasullullah saw bersabda: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dari bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun."

Hadis ini bertepatan dengan firman Allah Taala, "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya." (Al-An'am: 160).

Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan / 30 hari dan ditambah dengan puasa 6 dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan Taqwim Hijrah). Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang hari, selagi mana kesemuanya dikerjakan dalam Bulan Syawal.

Niat Puasa Enam

Maknanya: "Sahaja aku berpuasa esok hari daripada bulan Syawal sunat kerana Allah Taala."

CATATAN

Orang yang menunaikan puasa qadak atau nazar (selama enam hari) dalam bulan Syawal, ia akan memperolehi juga pahala puasa sunat Syawal.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.