Usrah Exco ABIM Pusat (No.1)-Surah Al-Ghasyiyah
- Published in Bicara Haraki
- Read: 5548 times
PERBINCANGAN AL-QURAN: Surah Al-Qhasyiyah
Surah Al-Ghasyiyah, membawa maksud Hari Kiamat merupakan Surah ke-88 dalam Al-Quran yang mengandungi 26 ayat dan tergolong dalam jenis Makiyyah. Ia diturunkan selepas Surah Adz-Dzariyat.
Hubungan surah ini dengan surah sebelumnya, dimana Surah Al-A'la memperkatakan tentang keadaan orang Mukmin, kafir, syurga dan neraka dengan ringkas, maka pada surah ini isu-isu tersebut diperkatakan secara lebih meluas. Surah ini dinamakan "Ghasyiyah", maksudnya hari Kiamat, kerana hari Kiamat itu sangat menakutkan lagi dahsyat, menyebabkan orang menjadi panik dan pengsan.

Puasa Enam: Sunat Yang Digalakkan
- Published in Bicara Haraki
- Read: 2626 times
Puasa Enam ialah puasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan mulai hari kedua (2 Syawal) hingga akhir bulan berkenaan. Rasullullah saw bersabda: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dari bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun."
Hadis ini bertepatan dengan firman Allah Taala, "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya." (Al-An'am: 160).
Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan / 30 hari dan ditambah dengan puasa 6 dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan Taqwim Hijrah). Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang hari, selagi mana kesemuanya dikerjakan dalam Bulan Syawal.

Niat Puasa Enam
Maknanya: "Sahaja aku berpuasa esok hari daripada bulan Syawal sunat kerana Allah Taala."
CATATAN
Orang yang menunaikan puasa qadak atau nazar (selama enam hari) dalam bulan Syawal, ia akan memperolehi juga pahala puasa sunat Syawal.
Memahami Konsep Murabbiy Dalam Diri Pendakwah
- Published in Bicara Haraki
- Read: 3741 times
Konsep “Murabbiy” dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap “muallim”. Muallim bermaksuf pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar atau guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep “Murabbiy” merujuk kepada Pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, Murabbiy akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”. Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak.