Kuliah Ibnu Khaldun

Siri Ke-7

Wacana Intelektual Ibn Khaldun Ketujuh (8/2/03)
Oleh: Dr. Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady


بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Ahli Hadith dan Ahli Ra’y

 Fiqh muncul dengan dua aliran dan pendekatan. Ahli ra’y dan qiyas di Iraq dan ahli hadith di Hejaz; golongan ahli qiyas banyak menggunakan qiyas dan mereka mahir di dalamnya.

 Pemimpin jemaah mereka, yang disekitarnya dan sekitar para sahabatnya terpusat mazhab mereka ialah Imam Abu Hanifah radiya’Llahu ‘anhu.Imam bagi mereka di Hijaz Malik bin Anas dan Imam Syafi’i selepas daripadanya. (Allah meredai keduanya).

 Muncul kemudiannya segolongan ulama yang mengingkari qiyas dan menolak penggunaannya, mereka golongan Zahiriyah: mereka membataskan sumber-sumber hukum kepada nas-nas (al-nusus) dan ijma’ (persetujuan ulama mujtahid-pt), menganggap qiyas yang nyata (“qiyas jail”) dan sebab (‘illah) yang ditimbulkan oleh nas sebagai berada dalam nas itu sendiri;


 Ini kerana: nas tentang ‘illah (sebab yang menimbulkan hukum-pt) adalah nas yang membolehkan hukum untuk semua kes-kes yang tercakup oleh (cara berfikir mengambil dalil sedemikian).Imam mazhab Zahiri ini ialah Daud bin ‘Ali dan anaknya serta sahabat keduanya.

 Tiga mazhab inilah yang terkenal di kalangan umat Islam.

Ahl al-Bait:

 Ahl al-Bait mengambil jalan tersendiri secara ganjil (shadhdha Ahl al-Bait) (T.2.799;DBP.572; Ros.3.5) mereka bid’ahnya dan mempunyai fiqh tersendiri (ibtada’uha wa fiqhin infaradu bihi);

 Membina fiqhnya atas mazhab mereka yang mencerca dan merosakkan nama setengah Sahabat Nabi (s.a.w.)(tanawul ba’di’l-Sahabah bi’l-qadah) . dan mazhab mereka yang berpegang kepada pendapat tentang kemaksuman imam-imam (Syi’ah mereka-pt) dan tidak mungkin adanya khilaf dari kenyataan-kenyataan para imam itu ( ‘ismah al-a’immah wa raf’ al-khilaf ‘an aqwalihim) (ibid); semuanya merupakan dasar-dasar yang tidak berasas dan tidak menasabah (usul wahiyah).(T.2.799;DBP.572;Ros.3.5).
Khawarij dan Syi’ah:

 Khawarij memiliki mazhab mereka sendiri ; jumhur umat ini tidak mempedulikan mazhab-mazhab mereka (yang tidak dalam Ahlis-Sunnah ini) bahkan mereka mencerca dan mengingkari mazhab-mazhab ini.

 Tidak ada apa-apa yang diketahui berkenaan dengan mazhab-mazhab ini ; tidak ada kesan-kesan daripada aliran-lairan ini melainkan dalam kawasan-kawasan kediaman mereka.

 Kitab-kitab fiqh Syi’ah ada dalam negeri-negeri Syi’ah dan di mana-mana adanya dinasti-dinasti mereka di Barat , Timur dan di Yaman. Demikian pula dengan golongan Khawarij.

 Tiap-tiap golongan daripada mereka mempunyai kitab-kitab dan karangan-karangan serta pendapat-pendapat yang ganjil-ganjil (“gharibah”).

Mazhab Zahiri:

 Pada hari ini (dalam zaman Ibn Khaldun) mazhab Zahiri menjadi hilang dengan hilang lenyapnya imam-imam mereka , dan dengan ingkarnya jumhur Muslimin terhadap mereka yang berpegang kepadanya, dan tidak ada lagi yang tinggal daripada mazhab itu melainkan kitab-kitab, yang kekal sifatnya.

 Kadang-kadang ramai dari kalangan penuntut ilmu yang membeban diri untuk mengikut pendapat-pendapat mazhab zahiri ini sehingga mengharuskan diri berpegang kepada kitab-kitab itu.

 Dari buku-buku itu mereka hendak mendapatkan fiqh dan pendapat-pendapat mazhab itu, tetapi mereka tidak mendapat menafaat, dan menjadi bercanggah dengan golongan jumhur yang menolak pendapat demikian.

 Dengan itu mereka kerapkali dianggap sebagai ahli-ahli bid’ah dengan mengambil ilmu daripada buku-buku tanpa kunci-kuncinya dari guru-guru.(min ahl al-bida’ bi talaqqihi’l-‘ilmi mina’l-kutub min ghair miftahi’l-mu’allimin) (Teks.2.801;DBP573;Frans.3.6).

 Itu dilakukan oleh Ibn Hazm al-Andalusi walaupun beliau mempunyai kedudukan tinggi dalam menghafal hadith-hadith.

 Beliau berpaling kepada mazhab itu dan menjadi mahir di dalamnya; mengeluarkan ijtihadnya sendiri berkenaan dengan kenyataan-kenyataan tertulis mereka; menyalahi pendapat imam mereka Daud dan menyerang ramai imam-imam Muslimin, dan kerana itu ulama menyerang balas terhadapnya.

 Ulama menyerangnya dan tidak memandang kepada kitab-kitabnya; ada masanya penjualan kitab-kitabnya diharamkan, dan ada yang dikoyak-koyak.

 Maka yang tinggal ialah mazhab “ahl al-ra’y” Iraq dan mazhab “ahl al-hadith” di Hijaz.

Imam Abu Hanifah, Malik Shafi’i dan Ahmad (Allah meredhai mereka)

 Imam Orang Iraq peribadi yang menjadi pusat mazhab mereka ialah Imam Abu Hanifah, Nu’man bin Thabit, dengan kedudukannya tanpa tanding dalam fiqh, dipersaksikan oleh peribadi-peribadi yang berkablier tinggi sepertinya, yaitu Imam Malik dan Syafi’i.

 Imam Orang Hijaz ialah Malik bin Anas al-Asbahi , imam bagi Dar al-Hijrah, Madinah. (Allah meredhainya), yang menambahkan satu lagi sumber hukum Syariat selain daripada yang lainnya, iaitu ‘amalam Orang Madinah” (“amal ahl al-Madinah”).

 Sebabnya pada beliau “mereka itu, dalam perkara-perkara yang mereka sepakati tentangnya, sama ada melaklukan sesuatu atau meninggalkannya, adalah dengan mengikuti generasi sebelum mereka secara kemestian (daruratan) kerana agama dan ikutan mereka, demikianlah keadaan mereka sampai kepada generasi yang berhubungan dengan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang mereka itu mendapat pengajaran daripadanya (tentang apa yang hendak dilakukan dan apa yang mesti ditinggalkan”


 Dengan itu pada pendapat Imam Malik, amalan Orang Madinah adalah satu daripada dalil-dealil Syara’.

 Ramai dari kalangan ulama menyangka itu daripada masalah-masalah ijma’, maka mereka tidak menerimanya, kerana dalilk ijma’ bukan sahaja terhad kepada ahli Madinah, tetapi mencakupi seluruh umat.

Ijma’:

 Ijma’:persepakatan (para mujtahid-pt) tentang sesuatu perkara keagamaan berdasarkan ijtihad (mereka yang ada keahlian di dalamnya-pt).(ittifaq ‘alal-amri al-dini ‘an ijtihadin).Imam Malik tidak menganggap amalan Orang Madinah termasuk ke dalam kategori ini.

 Beliau melihat ianya berupa keadaan sambung menyambung dalam perbuatan mengikut suatu generasi atas amalan generasi lain yang sampai untaiannya kepada masa Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa Syari’at itu.

 Keperluan mengikut mereka itu (kerana mereka mempunyai model terbaik untuk menjadi ikutan) menjadi tuntutan atas umat.(Dengan itu pada pendapat ia dijadikan satu sumber hukum selain daripada sumber-sumber lainnya).


 Memang amalan Orang Madinah disebut dalam bab berkenaan dengan ijma’, yang memang ini paling sesuai untuknya, kerana kedua-duanya (amalan Orang Madinah dan Ijma’) ada factor persepakatan (ittifaq); hanya kelainannya ialah: persepakatan ahli ijma’ adalah natijah daripada tilikan pemikiran dan ijtihad berkenaan dengan dalkil-dalil, dan persepakatan mereka di Madinah itu dalam melakukan sesuatu atau mengelak daripada sesuatu bergantung kepada penyaksian sendiri (tentang amalan ) mereka yang terdahulu di kota itu.

 Kata ibn Khaldun: lebih menasabah kalau ini disebutkan dalam bab perbuatan Nabi s.a.w. dan pernyataannya, atau berserta dengan dalil-dalil yang ada perbezaan pendapat tentangnya, seperti mazhab Sahabat, hukum Syariat mereka yang sebelum kita, dan masalah istishab, itu lebih patut.

Imam Shafi’i :

 Selepas Imam Malik, timbul Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i –Allah meredhainya.

 Beliau pergi ke Iraq selepas zaman Imam Malik dan menemui murid-murid Imam Abu Hanifah serta beliau mempelajari ilmu dari mereka.

 Beliau menggabungkan kaedah-kaedah Orang Hijaz dengan kaedah Orang Iraq; beliau mengasaskian alirannya sendiri dan tidak bersetuju dengan Imam Malik dalam banyak perkara.
 Imam Malik dan Shafi’I diikuti oleh Imam Ahmad bin Hanbal , Allah meredhainya, yang merupakan seorang daripada ulama hadith yang tertinggi sekali martabatnya.

 Para pengikutnya mempalajari ilmu daripada para pengikut Imam Abu Hanifah, walaupun mereka sendiri mempunyai pengetahuan yang sangat banyak bertkenaan dengan hadith.Mereka menimbulkan satu mazhab tersendiri.

 Di kota-kota besar Islam empat imam dan alirannya inilah yang menjadi akutan, dan mereka yang berpegang kepada imam-imam ini tidak membenarkan ada khilaf dalam pendapat.

 Istilah-istilah teknikal dalam ilmu pengetahuan muncul dengan banyaknya, dan banyak rintangan-rintangan yang perlu ditempuh untuk mencapai darjah ijtihad, dan terdapat kebimbangan menisbahkan ijtihad kepada orang yang bukan ahlinya dan orang yang tidak dipercayai tentang pendapat dan agamanya;

 Dengan itu dinyatakan dengan terang tentang kelemahan ijtihad dan orang ramai dikembalikan kepada sikap mengikuti mereka yang tersebut itu.Yang tinggal ialah menukil mazhab-mazhab mereka.

 Pada hari ini-kata Ibn Khaldun pada zamannya-inilah fiqh yang difahami pada zaman itu.

 Orang yang mendakwa ijtihad zaman ini akan ditolak dan tidak akan ada pengikutnya.(Fatwa-fatwa terus menerus diadakan un tuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul-ptr).

 Imam Ahmad bin Hanbal pengikutnya tidak ramai; kebayakan mereka di Syria dan Iraq , yaitu dalam Baghdad dan sekiktarnya;

 Mereka paling mememlihara Sunnah dan menriwayatkan hadith-hadith, cenderung membuat kesimpulan hukum mengikut Sunnah dan hadith dan mengelak sedapat mungkin daripada qiyas

 Mereka ramai dan kuat di Baghdad, hingga terjadi pertentangan antara mereka dan Syiah di kota itu; itu banyak menimbulkan fitnah di sana; itu terhenti bila tentera Tartar mengambil kota itu; kebanyakan pengikut mazhab Hanbali ini ada di Syria.

 Para pengikut Abu Hanifah hari ini (zaman Ibn Khaldun) ada di Iraq, di kalangan Muslimin di India, dan China, serta Transoxiana dan negeri-negeri bukan-Arab (Parsi dan Turki).

 Dulunya mazhab ini terhad kepada orang-orang Baghdad dan Iraq; para pengikutnya ada di istana khalifah-khalifah Abbasiyah; tulisan-tulisan mereka banyak, dan banyak pula munazarah mereka dengan pengikut-pengikut mazhab Shafi’i; analisis mereka tentangt masalah-masalah khilafiah sangat baik.

 Berhubungan dengan ini mereka membentuk disiplin ilmu yang sangat baik dan ini ada di tangan para ulama.

 Para pengikut mazhab Shafi’i ramai di Mesir berbanding dengan kawasan-kawasan lain ;

 Dahulunya mazhab itu berkembang di Iraq, Khurasan, dan Transoxiana,

 Para penganut mazhab ini dengan para pengikut mazhab Hanafi memainkan peranan menyampaikan pengajaran dan memberi fatwa-fatwa dalam kota-kota Islam ;

 Mereka mengadakan banyak pertemuan-pertemuan untuk perbahasan dean kitab-kitab mereka berkenaan dengan masalah khilaf penuh dengan pelbagai hujah (menyebut pendirian dalam mazhab Syafi’i.)Kemudian ini semua hilang bila negeri-negeri Timur musnah.


 Bila Imam Shafi’i mengambil tempat kediamannya dengan keluarga ‘Abd al-Hakam, di Mesir, segolongan dari mereka mempelajari ilmu dengannya.

 Para muridnya di Mesir termasuklah: al-Buwayti, al-Muzani dan lainnya;

 Para pengikut mazhab Maliki di Mesir terdiri daripada jemaah dari kalangan bani Abd al-Hakam, Ashhab, ibn al-Qasim, ibn al-Mawwaz, al-Harith bin Miskin dan keluarganya, dan Hakim Abu ishaq bin Sha’ban dean para pengikutnya.

 Fiqh Ahl al-Sunnah waktu itu terputus di Mesir dengan kemunculan dinasti Syiah (daulah al-Rafidah); fiqh Syiah digunakan di sana;semua mazhab-mazhab lain hampir hilang bilamana Hakim ‘Abd al-Wahhab datang ke Mesir dari Baghdad pada abad ke 4 kerana mencari penghidupannya.Daulah ‘Ubaydiah (Fatimiyah) memuliakannya, dan mereka memasyhurkan kelebihan-kelebihyannya untuk memburukkan khalifah Baghdad yang dikatakan menghalaukannya.

 Dengan itu mazhab Maliki berkembang dengan baik; sampailah masanya Daulah Syiah itu dihapuskan oleh Salahud-Din al-Ayyubi; dengan itu hilanglah mazhab Syiah di Mesir dan kembalinya fiqh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.Fiqh Syafi’I dan pengikut-pengikutnya terdiri daripada Orang Iraq dan Syria berkembang dengan baiknya; kedudukannya menjadi lebih baik lagi daripada dahulunya.

 Antara ulama-ulama mazhab Syafi’I yang terkenal ialah Imam al-Nawawi dari Aleppo kota di bawah pemerintahan Ayyubiyah di Syria; juga ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam , kemudian ibn al-Rif’ah di Mesir dan Taqi al-Din bin Daqiq al-‘Id , kemudian Taqi al-Din al-Al-Subki, sampailah kepada Syaikh al-Islam di Mesir zaman itu iaitu Siraj al-Din al-Bulqini, ulama terbesar mazhab Syafi’I di Mesir; bahkan ulama terbesar di negeri Mesir.


 Imam Malik mazhabnya secara khusus diikuti di Maghribi dan Andalusia; walaupun ianya didapati dikalangan negeri-negeri lain; adapun Orang Andalusia dan Maghribi jkarang sekali mengikut imam-imam lainnya.(Ini boleh difahamkan dari keadaan mereka yang ) kebanyakannya mengembara ke Hijaz..

 Dengan itu Orang Maghribi dan Andalus selalu merujuk kepada Imam Malik dan mereka menjadi pengikutnya bukan yang lain-lain lagi; kaedah-kaedah beliau sampai kepada mereka, tidak kaedah-kaedah lainnya.

 Lagi pula sikap “badawah” mendominasi Orang Maghribi dan Andalus; dan m ereka tidak peduli kepada budaya menetap seperti Orang Iraq.Dengan itu mereka cenderung kepada orangt Hijaz kerana sifat “badawah” mereka.

 Dengan itu mazhab Maliki masih kekal dengan sifat sederhana dan tidak terkesan dengan kehalusan dan adat kebiasan yang halus dalam hidup budaya kota (tanqih al-hadarah wa tahdhibuha) (Teks.2.805; DBP.579; Ros.3.13) berbanding dengan mazhab-mazhab lainnya.

 Bila ajaran mazhab setiap imam menjadi ilmu tersendiri pada para pengikutnya, dengan itu “tiada jalan lagi untuk qiyas dan ijtihad” (sabil ila al-ijtihad wa al-qiyas) ; dengan itu mereka merujuk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan, mengikut mazhyab, supaya masalah-masalah dianalisis dalam kmonteksnya, dan membuang kekeliruan yangt berlaku.

 Itu semua memerlukan kepada kemahiran yang sungguh mendalam (“yahtaj ila m alakah rasikhah”) untuk seseorang itu mempunyai kebolehan menjalankan prinsip mazhabnya kepada masalah yang dihadapi.

 Malakah inilah ilmu fiqh zaman ini (hadhihi ‘l-malakah hiya ilmul-fiqh li-hadhal-‘ahd).


 Diseb utkan ibn Khaldun Orang maghribi menjadi penganut Imam Malik semuanya, dahulunya penganutnya tersebar di Mesir dan Iraq.

 Di Iraq ada Qadhi Isma’il dan orang sezamannya seperti Ibn Khuwazmandad , Ibn Muntab, Qadhi Abu Bakr al-Abhari, dan seterusnya

 Di Mesir ada Ibn al-Qasim, Ashhab, Ibn ‘Abd al-Hakam, al-Harith bin Miskin, dan seterusnya, berkenaan dengan perkembangan mazhab Maliki.

 (Diikuti dengan sebutan tentang teks-teks mazhab Maliki seperti “al-Muwatta” Imamj Malik, “al-Mudawwanah” oleh Sahnun, “al-Mukhtasar” ibn Abi Zaid dan seterusnya.

 Diikuti denganh sebutan tentang tiga aliran dalkam mazhab Maliki: aliran Qayrawan, aliran Qurtubah, dan aliran Iraq.

Wallahuallam.
More in this category: « Siri Ke-7

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.