Kuliah Ibnu Khaldun

Siri ke-5

Wacana Intelektual Ibn Khaldun Ke-5 :Satu Pandangan Awal (12-10-2002)

Berkenaan Dengan Ilmu-Ilmu Yang Terdapat Dalam Peradaban Semasa:

Ilmu pengetahuan (al-‘ulum) yang diambil berat oleh manusia di kota-kota dan diteruskan penyampaiannya: (a) yang bersifat tabi’i bagi manusia yang ia terbimbing kepadanya dengan kemampuannya berfikir (b) yang bersifat nakli (tradisional), diambil dari mereka yang mengadakannya.

(a)bersifat falsafah (al-‘ulum al-hikam al-falsafiyyah) yang manusia mencapainya dengan tabiat kejadiannya boleh berfikir yang mereka terpandu kepada objek-objek, masalah-masalah, hujah-hujah, dan kaedah-kaedah mengajarnya oleh persepsi-persepsi manusiawinya,sehingga ia menyedari perbezaan antara apa yang benar dan yang salah di dalamnya melalui renungan fikir dan selidiknya, sejauh mana ianya adalah manusia yang berfikir.

(b) ilmu-ilmu tradisional,nakliyyah, yang diadakan (yang konvensional) (al-‘ulum al-naqliyyah al-wad’iyyah).

Semuanya berdasarkan maklumat-maklumat dari otoriti syari’at, tidak ada tempat untuk akal pemikiran di dalamnya selain daripada ianya adalah untuk mengaitkan perkara-perkara terperinci dengan dasar-dasarnya (ilhaq al—furu’ min masa’iliha bil-usul); Kerana perkara-perkara yang juz’iy yang kerapkali timbul tidak termasuk ilmu naqal yang am atas alasan kerana ianya ada wujud; maka ia perlu dikaitkan dengan prinsip asal melalui sesuatu kaedah kias; kias ini pula diambil daripada maklumat naqli, dengan sabit hukumnya daripada asalnya, dengan itu kias ini dirujuk kembali kepada yang naqli itu kerana ia cawangan daripadanya.



Dasar Bagi Ilmu-Ilmu Tradisional Ialah:

Bahan-bahan ilmu syari’at dari al-qur’an dan al-sunnah yang semuanya itu disyariatkan untuk kita dari sisi Allah dan rasulNya;

Juga ilmu-ilmu yang berkait dengan pengetahuan yang demikian itu yang melaluinya kita memenafaatkannya.

Dan lagi: ini memerlukan ilmu-ilmu tambahan berkenaan dengan Bahasa Arab, bahasa ini bahasa umat Islam dan qur’an diwahyukan melaluinya.

Ilmu-Ilmu Tradisional Islam Itu Ada Beberapa Cawangannya:

Cawangannya banyak; yang diambil daripada qur’an, sunnah, dengan nas, atau ijma’ atau dengan kias (ilhaq);

Orang mukallaf wajib mengetahui hukum-hukum tuhan yang diwajibkan atas dirinya dan muslimin yang lainnya;
Maka wajib ia mempelajari penerangan lafaz-lafaz-lafaz qur’an, ini ilmu tafsir;

Kemudian ilmu berkenaan dengan bagaimana caranya qur’an ditransmisi dan diriwayatkan daripada nabi s.a.w., akhirnya daripada tuhan, dan bagaimana bacaannya;

Ini ilmu qir’aat;

Ilmu Berkenaan Dengan Hadith-Hadith Nabi S.A.W.

Kemudian ia perlu mempelajari bagaimana caranya sunnah itu dinisbahkan kepada nabi s.a.w.dan para periwayat yang meriwayatkannya

Mengetahui hal ehwal mereka dan sifat adil mereka (bukan fasik-p) supaya maklumat yang diterima itu dipercayai, supaya seseorang itu boleh beramal dengan apa yang wajib atasnya; ini ilmu-ilmu berkenaan dengan hadith nabi s.a.w.

Bidang Hukum-Hukum Dan Pembentukannya:

Kemudian mesti diambil hukum–hukum ini daripada punca-puncanya, yang memerlukan kepada bimbingan ilmu tentang cara mencapai hukum ini (al-istinbat); ini usul al-fiqh namanya;

Selepas itu timbullah hasil hukum-hukum tuhan dalam bentuk amalan-amalan orang-orang mukallaf mengikut hukum-hukumnya, inilah yang dikatakan fiqh.

Ilmu Berkenaan Dengan Aqidah:

Kewajipan muslimin menyentuh tubuh badan dan hati; yang menyentuh hati ialah berkenaan dengan keimanan, apa yang wajib dijadikan pegangan dan apa yang tidak;

Berkenaan dengan rukun-rukun iman berkaitan dengan zat dan sifat-sifat tuhan; peristiwa-peristiwa berhimpunnya mansia di akhirat, ni’mat-ni’mat, azab dan taqdir.

Mendatangkan hujah-hujah intelektuil mempertahankannya adalah ilm al-kalam

Ilmu-Ilmu Bahasa Dan Yang Sepertinya :

Perbincangan berkenaan dengan qur’an dan hadith perlu didahului dengan “ilmu-ilmu berkenaan dengan (penggunaan) lidah” (al-‘ulum al-lisaniyyah), kerana ilmu itu berdasarkan kepadanya.ada beberapa jenbisnya:

Perkamusan (ilmu lughah), nahu, ilmu bayan (syntax), dan sastera, ilmu-ilmu nakli (tradisional) ini akan dibicarakan semuanya.

Ilmu-Ilmu Tradisional (Naqliyyah) Dalam Umat Islam:

Ilmu-ilmu nakliyah ini khusus bagi umat Islam dan ahlinya, walaupun setiap umat beragama ada mempunyai ilmu-ilmu tradisional sedemikian itu;

“(ilmu-ilmu tradisional dalam Islam) ada persamaan dengan (ilmu-ilmu tradisional dalam agama lain itu) secara yang jauh dalam erti ianya berupa ilmu-ilmu syariat yang diturunkan tuhan kepada pembawa syariat yang berkenaan yang menyampaikannya (kepada umat manusia); namun secara khususnya (ilmu-ilmu naqliyyah dalam Islam) adalah berlainan, kerana ia memansukhkan semua yang lain itu. Semua ilmu-ilmu tradisional sebelumnya perlu ditinggalkan, dan perbincangan tentangnya terlarang”. (teks arab ii.781; dbp.551; rosenthal.ii.438).

Larangan Mempelajari Kitab-Kitab Tradisional Lainnya:

Syara’ melarang pengajian kitab-kitab yang diturunkan selain daripada qur’an, sabda nabi s.a.w. ”anggapkanlah golongan ahlil-kitab itu bukannya benar dan bukannya tidak benar.hanyalah kamu berkata: ’kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu”

Bila nabi s.a.w. melihat helai dari kitab taurat dalam tangan saidina ‘umar b.al-khattab –rd- baginda sedemikian marahnya sehingga itu kelihatan pada wajahnya; sabdanya: ’tidakkah aku telah datang kepada kamu sekelian membawanya yang putih dan bersih? demi Allah, kalaulah nabi Musa masih hidup, baginda tidak akan ada pilihan lain melainkan ia akan mengikutku”.

Perkembangan Ilmu-Ilmu Naqliyyah Dalam Islam:

Ilmu-ilmu syar’iyyah yang tradisional atau naqliyyah itu terolah dalam Islam dengan secara yang sedemikian rupa sehingga tidak memungkinkan ianya bertambah.pelajar-pelajar yang mempelajari ilmu-ilmu itu telah mencapai puncak setingginya yang mungkin dicapai, pelbagai istilah telah diperhalusi dan susunan tertib dimasukkan ke dalam pelbagai disiplin ilmu itu dengan itu maka ilmu-ilmu tradisional itu telah mencapai tahap kelebihan dan kehalusan yang teramat sangat.(teks ii.781;dbp.552;rosenthal.ii.439).

Tiap-tiap disiplin ilmu ada otoritinya (ahlinya), yang menjadi rujukan di dalamnya dan aturan-aturannya digunakan dalam pengajaran.

Dunia Islam Sebelah Timur Dan Dunia Sebelah Baratnya Ada Pakar-Pakarnya:

Dunia Islam sebelah barat dan timurnya (al-mashriq…al-maghrib) ada kesarjanaan tradisionalnya yang terkenal diakui,

Sekarang (zaman ibn khaldun) kesarjanaan terhenti di maghrib, kerana peradaban di sana berkurang, dan terputusnya tradisi ilmu dan pengajaran, sebagaimana yang telah dinyatakan

Tentang timur, saya tidak mengetahuinya (kata Ibn Khaldun)

Dugaannya ialah ilmu pengetahuan masih dikembangkan di sana dan pengajaran ilmu-ilmu dan semua kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan juga kemahiran-kemahiran yang lebih lagi daripada itu yang timbul dengan kehidupan mewah ada dijayakan, tanpa gangguan.

Peradaban dari budaya menetap di timur sangat luas, para pelajar mendapat bantuan kewangan dan wakaf-wakaf, dengan banyaknya. ”Allah menentukan malam dan siang.”

Ilmu-Ilmu Qur’an, Tafsiran Dan Bacaannya:

Qur’an berupa kalam ilahi yang diturunkan kepada nabinya, tertulis dalam mushaf, transmisinya mutawatir dalam kalangan umat

Hanya para sahabat meriwayatnya dari rasul s.a.w. dalam beberapa jalan yang berbeza-beza tentang setengah lafaz-lafaznya dan cara-cara penyebutan huruf-hurufnya

Ada tujuh bacaan yang termasyhur

Para pembacanya terus menerus meriwayatkan bacaan-bacaannya sehingga ilmu itu dicatitkan bersekali dengan perkembangan ilmu-ilmu syariat lainnya, hingga ia menjadi ilmunya yang tersendiri

Muslimin di Andalus dan timur meriwayatkan ini terus menerus generasi demi generasi


Mujahid

Kemudian timbul mujahid seorang maula dari dinasti bani ‘amir, raja andalus timur. Beliau mengambil berat tentang pengkhususan ini kerana suruhan tuannya Al-mansur bin Abi ‘Amir yang sungguh-sungguh menjadikannya mempelajari disiplin ilmu ini.

Bila mujahid menjadi Amir Daniah dan jazair timur, dengan itu qiraat menjadi terkembang di sana dengan baiknya sebab beliau ahli di dalamnya (seorang daripada imam-imam bidang itu) kerana beliau mengambil berat tentang qiraat dan ilmu-ilmu Islam lainnya;


Abu ‘Amr Al-Dani dan Abul-Qasim Bin Firruh

Masa pemerintahan mujahid muncul Abu ‘Amr al-Dani yang mencapai kesempurnaan sebesarnya dalam pembacaan qur’an, pengetahuan itu ada padanya dan transmisinya berlaku melaluinya seluruhnya

“Kitab al-Taysir” antara gubahannya, yang menjadi rujukan umum dan orang ramai merujuk kepada beliau sahaja

Dalam zaman kemudian muncul Abul-Qasim Bin Firruh (Al-Shatibi) dari jativa, beliau memperbetulkan karangan abu ‘amir dan meringkaskannya, dijadikan ilmu itu dalam bentuk puisi, supaya senang ilmu itu dikuasai

Orang menghafal puisinya itu dan diajarkan kepada anak-anak. Itu berlaku di Maghribi dan Andalus.


Ilmu Ortografi Penulisan Qur’an

Ilmu qir’aat juga dimasuk ke dalamnya ilmu berkenaan dengan penggunaan huruf-huruf dalam naskhah-naskhah qur’an dan gambar-gambar kaligrafinya

Ini kerana dalam qur’an itu ada huruf-huruf yang digunakan berlainan daripada apa yang digunakan dalam tulisan biasa seperti tambahan “ya” dalam “bi ayyidin” (51.47), tambahan alif dalam “la adhbahannahu” (27.21), dan dalam “wa la auda’u” (9.47). Dan wau dalam “jazau-z-zalimin” (5.29, 59.17). Dll.

Bila berlaku kelainan dalam penulisannya, maka itu perlu ditangani secara menyeluruh, maka itu juga ditulis kemudiannya,

Di sebelah barat itu dicapai pada tangan Abu ‘Amru Al-Dani yang tersebut, yang menulis kitab , antaranya “kitab al-muqni’ “, yang dijadikan rujukan

Abul-Qasim Al-Shatibi menjadikannya dalam bentuk puisinya yang masyhur, dan orang ramai menghafalnya

Ada lagi kelainan-kelainan dalam penuylisan huruf-huruf dan kata-kata, ini disebut oleh Abu Daud Sulaiman B Najah, maula mujahid, dalam karangan-karangannya. Beliau murid Abu ‘Amr Al-Dani, beliau terkenal kerana menyimpan ilmu al-dani dan meriwayatkannya.

Kemudian muncul ulama maghribi, al-kharraz, yang menggubah puisi lain pula, berbentuk rajaz, yang di dalamnya disebutkan apa-apa yang berlainan daripada apa yang ada dalam teks ‘al-muqni’, sekarang orang ramai menghafalnya sahaja


Bidang Penafsiran Al-Qur’an:

Qur’an diwahyukan dalam Bahasa Arab, mengikut stail balaghah bahasa itu di kalangan mereka (atau mengikut rasabahasa mereka)

Orang arab memahaminya dan mengetahui makna kalimat-kalimatnya, serta ayat-ayatnya;

Ia ditrurunkan kalimat demi kalimat dan ayat demi ayat, untuk menerangkan keesaan Allah dan tugas-tugas keagamaan mengikut keadaan-keadaan yang berlaku.

---setengahnya berkenaan dengan akidah keimanan, setengahnya pula berkenaan dengan kewajipan-kewajipan yang menyentuh tubuh badan manusia

---setengahnya turun awal, diikuti dengan yang lainnya, ada ayat-ayat yang turun kemudian memansukhkan yang awalnya.

---nabi s.a.w. menghuraikan ini semua sebagaimana yang ada dalam ayat yang bermaksud “supaya tuan hamba menghuraikan apa yang diturunkan kepada mereka”(16.44); diterangkannya apa yang tidak jelas ayat-ayatnya, dan membezakan ayat-ayat yang memansukhkan yang lain dengan apa yang dimansukhkannya; dengan itu para sahabat sekitarnya mencapai ilmu tentangnya.

Maka mereka mengetahui mengapa ayat-ayat tertentu diturunkan, keadaan yang memerlukannya, secara langsung berdasarkan otoritas nabi s.a.w.

Dengan itu mereka mengetahui huraiannya sebagaimana huraian berhubungan dengan ayat yang bermaksud “bila pertolongan tuhan dan kemenangan berlaku” (110.1) itu merujuk kepada akan wafatnya nabi s.a.w.

Huraian-huraian ini ditransmisikan berdasarkan otoriti para sahabat di sekitar nabi s.a.w. dan kemudian disebarkan oleh mereka yang berikutnya dalam generasi kedua (al-tabi’un), demikian seterusnya ini ditransmisikan di kalangan generasi muslimin awal itu sehingga ilmu itu menjadi disiplin pengetahuan yang tersusun dan kitab-kitab digubah tentangnya.

Kebanyakan (huraian-huraian) waktu itu ditulis; maklumat-maklumat tradisional (al-athar) berkenaan dengan mereka yang datang dari para sahabat dan yang dari generasi kedua disebarkan lagi seterusnya

Maklumat-maklumat itu sampai kepada Al-Tabari, Al-Waqidi, Al-Tha’alibi dan lain-lain ahli tafsir

Mereka mencatit dalam kitab perkara-perkara yang berupa athar mengikut apa yang dikehendaki Allah untuk mereka menulisnya.

WALLAHU A’LAM.
More in this category: « Siri ke-3 Siri Ke-6 »

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.